Puad Zarkashi sah tidak pertahan DUN Rengit, beri laluan kepada pemimpin muda

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang dijadualkan berlangsung pada 11 Julai depan.

Mohd Puad berkata, keputusan berkenaan sudah dibuat sejak setahun lalu dan telah dimaklumkan kepada Presiden UMNO serta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, kira-kira dua minggu lalu.

Menurutnya, faktor usia menjadi pertimbangan utama beliau untuk tidak lagi bertanding selepas berkhidmat sebagai wakil rakyat DUN Rengit lebih empat tahun.

“Pada usia 69 tahun ketika ini, beliau berpandangan tidak lagi sesuai untuk bertanding dalam pilihan raya DUN pada masa hadapan, selain berpendapat kerusi berkenaan wajar diterajui pemimpin generasi baharu.

“Saya berpendapat pemimpin muda perlu diberikan peluang untuk bertanding dan memimpin kerajaan negeri. Malah, pada pandangan saya, calon berusia 50 tahun ke bawah lebih sesuai diketengahkan bagi kerusi DUN,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut memaklumkan telah mengemukakan beberapa cadangan mengenai ciri-ciri calon pelapis yang perlu dipertimbangkan parti, antaranya mempunyai kelulusan akademik, berakhlak, komited terhadap perjuangan serta memahami hala tuju bangsa.

Mohd Puad berkata, sebelum proses penamaan calon berlangsung, beliau akan memberi tumpuan untuk menyelesaikan beberapa tugasan dan perkara yang memerlukan perhatian di kawasan DUN Rengit.

“Saya telah menjadi wakil rakyat yang menetap di kawasan selama lebih empat tahun dan memahami hati nurani rakyat Rengit,” katanya.

Pada masa sama, beliau merakamkan penghargaan kepada penduduk Rengit atas sokongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai wakil rakyat.

Beliau turut berterima kasih kepada penjawat awam, ketua kampung serta masyarakat Cina yang banyak membantu dalam melaksanakan tanggungjawabnya di kawasan berkenaan.

Mohd Puad juga menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atas perkenan melantiknya sebagai Speaker DUN Johor, selain menzahirkan penghargaan kepada Tunku Mahkota Ismail atas nasihat dan bimbingan dalam memastikan perjalanan sidang DUN Johor berlangsung dengan tertib dan lancar.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Perluas peranan Petronas di Turkmenistan kukuh kedudukan Malaysia

KEJAYAAN memperluas peranan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dalam sektor tenaga di Turkmenistan membuka akses kepada antara rizab gas terbesar...

More Articles Like This