TENGKU Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru siasatan penuh dilakukan dengan segera, telus dan adil susulan dakwaan seorang kerabat Pahang bersama sekumpulan individu menyerang seorang lelaki di Kuantan, Jun lalu.
Dalam kenyataan dikeluarkan Istana Abdulaziz hari ini, Tengku Hassanal menggesa polis menjalankan siasatan tanpa sebarang kompromi kepada mana-mana pihak agar keadilan dapat ditegakkan.
Tengku Hassanal bertitah turut memandang serius mengenai laporan yang tular mengaitkan seorang kerabat diraja Pahang bersama sekumpulan individu yang didakwa menyerang seorang lelaki dikenali sebagai Alias Awang.
“Sekiranya terdapat bukti kesalahan dilakukan, ia hendaklah dibawa ke mahkamah untuk dituduh dan dibicarakan.
“Semua pihak adalah sama di sisi undang-undang dan saya sesekali tidak akan melindungi mana-mana pihak termasuk kerabat yang terlibat dengan sebarang jenayah dan kesalahan undang-undang,” titah Tengku Hassanal dalam kenyataan itu.
Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan seorang kerabat diraja Pahang bersama sekumpulan individu didakwa menyerang seorang lelaki menggunakan senjata tajam dan pistol sehingga mendatangkan kecederaan.
Baca artikel lain: Siri Khas: Pendapat ulama mutaakhirin tentang siapa Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah
Alias, 44, mendakwa dia menjadi mangsa serangan berkumpulan itu di sebuah kandang kuda di Kuantan, Jun lalu.
Pekerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan itu memberitahu bawa dia dihubungi oleh seorang individu dipercayai orang suruhan anak kerabat berkenaan untuk bertemu dengannya.
Difahamkan, serangan itu dibuat susulan pertikaian berkaitan isu tanah di Rompin yang mana Alias terlibat dalam pembinaan jalan di situ.
Dia kemudiannya membuat laporan polis di Kuantan selepas mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman dilaporkan berkata, pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan tersebut.
Kertas siasatan tersebut sebelum ini dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya tetapi dikembalikan untuk tindakan selanjutnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

