Asalnya sebagai penunjuk arah dan kiraan waktu, kemudian berubah menjadi obsesi ramalan

Dari Penulis

Aries, Taurus, Gemini, Cancer, Leo, Virgo, Libra, Scorpio, Sagittarius, Capricorn, Aquarius  dan Pisces. Dua belas nama zodiak yang popular dikaitkan dengan tarikh lahir.

Dahulu, ramalan zodiak atau horoskop ini sangat popular. Pasti ramai yang pernah membaba akhbar, majalah atau buku dan melihat ramalan zodiak mereka, bukan? Ada ramalan tentang cinta, kewangan, jodoh, kerjaya dan personaliti.

12 lambang zodiak itu sejak dulu dianggap sebagai rangka kehidupan yang memberi petunjuk untuk memahami karakter, untung nasib, keupayaan, perhubungan, kecenderungan minat semula jadi, kebolehan serta kehendak seseorang dalam mencapai matlamatnya.

Kedudukan inilah dijadikan acuan untuk meramal nasib seseorang. Ia berbeza dengan ilmu astronomi yang menggunakan kaedah ilmiah dalam penelitiannya.

Sedangkan ilmu astrologi hanya menggunakan perubahan bintang dengan ramalan yang mempengaruhi kehidupan manusia. Masakan nasib manusia dapat diukur dengan hanya membaca ramalan zodiak ini?

Imam Bukhari r.a. di dalam kitab sahihnya bahawa Imam Qatadah r.a, seorang ulama tabiin yang terkenal berkata, “Allah telah menciptakan bintang-bintang untuk tiga perkara iaitu, perhiasan langit, pelempar syaitan dan sebagai tanda-tanda penunjuk arah. Maka barang siapa yang mentakwilkan bintang-bintang selain dari tiga perkara ini, maka ianya adalah salah dan sia-sia, iaitu mensia-siakan nasibnya serta memaksa dirinya dengan sesuatu yang dia tidak mempunyai ilmu untuk mengetahuinya.”

Asalnya bintang dan buruj digunakan oleh orang Arab sebagai penunjuk arah ketika pelayaran, selain untuk menghafal waktu-waktu dalam setahun berdasarkan bintang-bintang yang tenggelam. Ia juga merupakan sebahagian daripada cabang ilmu falak.

Namun, ilmu ini telah membawa kepada satu kepercayaan lain buat manusia iaitu ramalan. Perubahan dan posisi bintang yang dulunya dijadikan penunjuk arah, kemudian bertukar kepada kebolehan mengetahui nasib kehidupan seseorang.

Mempercayai ramalan mahupun tukang tilik adalah termasuk dalam amalan jahiliah yang sangat dilarang dalam Islam. Perbuatan itu sebenarnya langsung tiada beza dengan mempercayai ramalan horoskop.

Horoskop merupakan ‘nujum moden’ yang mudah mempengaruhi manusia. Walaupun, ada segelintir masyarakat berpendapat, ianya sebagai bahan keseronokan, namun ianya masih haram di sisi Islam apatah lagi jika mempercayainya.

Perbuatan itu boleh menjadi kufur. Ini berdasarkan hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Barang siapa yang mendatangi dukun mahupun peramal, dan membenarkan apa yang dikatakannya, maka ia telah kafir pada wahyu yang diturunkan kepada Muhammad s.a.w.”

Manakala Imam Syafi’i dalam kitabnya al-Umm berkata, “Barang siapa berkata bahawa kami diberi hujan sebab terbenamnya ini dan itu, sebagaimana dimaksudkan sebahagian orang musyrik yang menisbahkan hujan akibat terbenamnya bintang, maka dia telah kafir.

Mungkin ada yang hanya membaca ramalan bintang horoskop ini sekadar untuk hiburan semata. Namun tanpa disedari ia juga mengundang rasa percaya apabila ramalan tersebut kebetulan tepat dengan dirinya. Maka, isu ini tidak boleh dipandang mudah kerana ia boleh merosakkan akidah dan iktikad umat Islam terutamanya golongan remaja yang sedang mencari identiti diri.

Gerhana Lambang Kematian / Kelahiran

Kisah kejadian langit dan bumi banyak diceritakan dalam al-Quran dan hadis, namun banyak juga unsur-unsur Israiliyyat yang diserap masuk.

Sekalipun bencana dan malapetaka dikaitkan dengan perubahan buruj atau ayat tertentu dalam al-Quran, ia adalah ujian yang Allah turunkan kepada hambanya untuk mempercayai qadak dan qadar.

Kebiasaannya manusia akan meletakkan kepercayaan yang tinggi dengan teori manusia sehingga lupa akan kuasa Allah yang sebenar. Setiap bencana mahupun malapetaka yang Allah timpakan, adalah sebagai peringatan buat kita kepada-Nya dan menguji tahap keimanan kita terhadapNya.

Seperti mana yang berlaku sejak zaman jahiliah lagi, masyarakat Quraisy mempercayai bahawa kejadian gerhana mempunyai hubung kait dengan kematian mahupun kelahiran manusia.

Pernah suatu ketika pada zaman  Rasulullah s.a.w., telah berlakunya gerhana matahari yang kebetulan sama dengan hari kematian anak nabi iaitu Ibrahim. Orang Quraisy beranggapan, berlakunya kejadian gerhana disebabkan matahari bersedih di atas kematian Ibrahim. Namun, pemahaman yang salah itu, diluruskan oleh Rasulullah.

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda kekuasaan Allah, gerhana ini tidak terjadi kerana kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika melihat gerhana tersebut maka berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah solat dan bersedekahlah.” (HR Bukhari)

Rasulullah menafikan kejadian gerhana dikaitkan dengan sebarang kematian dan kelahiran. Jelas di sini bahawa bulan, bintang dan matahari merupakan tanda kekuasaan Allah dan ia bukan untuk sebarang ramalan mahupun kejadian.

______

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Misteri Kuil Ular: Demi pelaris… Pelacur, isteri curang sanggup amal khurafat

“Bawa dua ekor ayam hitam yang berbulu hitam sepenuhnya.” Itulah antara dakwaan penduduk setempat yang sering dikaitkan dengan sebuah kuil...

More Articles Like This