BEKAS pemain Mobile Legend Bang-Bang (MLBB) terkemuka negara, Muhammad Faris Zakaria menasihatkan pemain Team Vamos tidak terkesan dengan sebarang kritikan sebaliknya membuktikan kehebatan mereka di gelanggang MLBB dalam Liga Profesional MLBB (MPL) Malaysia musim ke-14 ini.
Muhammad Faris atau lebih dikenali sebagai Soloz yang menubuhkan pasukan berkenaan sebagai pemilik bersama bermula bulan lepas, berkata ini bagi menjaga mental pemain dalam mengharungi kejohanan berkenaan yang sudah membuka tirai hari ini hingga 13 Okt.
“Saya (beritahu) mereka memang hidup keras jadi elak (terlibat) dengan benda macam itu. Sebagai lelaki, kita perlu ‘keras’ sikit dan kalau tak suka mesej (kritikan) abaikan sahaja sebab terlampau memikirkan sakit hati,” katanya kepada pemberita di Stadium Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di sini hari ini.
Sebelum ini, Team Vamos dilaporkan terpalit kontroversi dalam kalangan peminat e-sukan apabila empat pemain dan satu jurulatih daripada pasukan Homebois kini bernaung di bawah Team Vamos.
Empat pemain berkenaan ialah Mohamad Zulhisyam Mohd Nor (Xorn), Muhammad Nazhan Mohd Nor (Chibi), Kenneth Sablande Barro (Nets), Muhammad Ifran Aujang (Sepat) dan jurulatih Khairul Azman Mohd Sharif (Pabz).
Dalam pada itu, Team Vamos berjaya mengutip tiga mata penuh pada perlawanan pembukaan hari ini apabila menang 2-0 ke atas Red Esports dan Chibi dipilih sebagai Pemain Paling Bernilai dalam aksi berkenaan.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

