IBU bapa dan penjaga disarankan supaya sentiasa cakna dalam memastikan anak-anak dihantar ke taman asuhan kanak-kanak (taska) berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Ia bagi mengelakkan berlakunya kejadian tidak diingini termasuk kecuaian, pengabaian dan penderaan.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam kenyataan memaklumkan, salah satu prasyarat yang diberikan bagi pendaftaran taska ialah pengasuh hendaklah mempunyai sijil Kursus Asuhan Permata (KAP).
KPWKM turut memandang serius isu yang melibatkan kanak-kanak terutama yang ditempatkan di taska seluruh negara dengan pelbagai tindakan proaktif telah dilaksanakan dalam usaha melindungi kanak-kanak.
Menurut kementerian itu, sebanyak 1,080 taska di seluruh negara telah dikenal pasti tidak berdaftar dan tindakan penguatkuasaan telah dilakukan supaya pihak yang terlibat segera membuat pendaftaran susulan operasi pemutihan yang dilaksanakan mulai September 2023.
Jelasnya, tindakan pemutihan itu dibuat mengikut Seksyen 6(1) Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308).
Baca artikel lain: Nahas helikopter: KPWKM sedia beri bantuan sokongan psikologi
“KPWKM melalui JKM juga telah mengeluarkan Arahan Bertulis (76), Perintah Penutupan Sementara (4), Pembatalan Perakuan Pendaftaran (218), Tindakan LAK (7), kompaun (17) dan pendakwaan (2) telah direkodkan sejak tahun 2020.
“Bagi memastikan taska berdaftar sentiasa mematuhi akta dan peraturan yang ditetapkan, KPWKM melalui JKM juga melaksanakan pelbagai usaha antaranya pemantauan, pemeriksaan berkala dan pemeriksaan mengejut oleh Pegawai Yang Diberi Kuasa ke premis sekurang-kurangnya dua kali setahun,” katanya dalam kenyataan.
Mengulas lanjut, KPWKM berkata, satu Garis Panduan Khas Tindakan Penguatkuasaan LAK telah dikeluarkan.
Katanya, Perintah Penutupan ke atas Taman Asuhan Kanak-Kanak serta Pusat Jagaan dalam siasatan polis juga telah dikeluarkan berkuat kuasa pada 10 April 2023.
“Garis panduan ini bagi memastikan tindakan segera dapat diambil bagi kes-kes melibatkan taska dan pusat jagaan yang dalam siasatan polis kerana disyaki terdapat kes penderaan, pengabaian atau mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

