Sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China, Ekspo Produk E-Dagang Terpilih Malaysia 2024 yang pertama bakal dianjurkan bagi menyediakan platform untuk peniaga dan pengguna tempatan untuk terus berhubung dengan pengeluar China, seterusnya mengukuhkan hubungan perdagangan dua hala.
Pengasas JMM Holding, Ellison Yang berkata, ekspo ini bakal memberikan akses terus kepada pengilang China dan seterusnya dapat menjimatkan kos dan memaksimumkan keuntungan.
Dengan pertumbuhan pesat e-dagang dan beli-belah secara dalam talian sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Ekspo Produk E-Dagang Terpilih Malaysia 2024 memberikan kemudahan kepada industri tempatan.
“Ekspo ini akan menumpukan pada teknologi maju dalam sektor elektronik China, terutamanya produk tenaga baharu seperti PV solar, penyimpan tenaga dan longgokan pengecasan dalam mempercepatkan peralihan teknologi hijau dalam produk elektronik, termasuk lampu dan peralatan domestik,” katanya.
Tambah Ellisan, ekspo ini bakal membolehkan peniaga Malaysia berhubung terus dengan jenama dan pembekal China, dengan mengecualikan kos orang tengah dan mengurangkan yuran logistik untuk meningkatkan margin keuntungan. Pengguna runcit juga akan mendapat manfaat daripada penghantaran kilang terus, membolehkan mereka membeli produk berkualiti tinggi pada kos lebih rendah tanpa menanggung caj platform tambahan.
“2024 mencatatkan sejarah penting dalam hubungan Malaysia-China. Pada separuh pertama tahun ini, perdagangan dua hala telah mencecah $100.232 billion, mencerminkan peningkatan sebanyak 10.6% berbanding tahun sebelumnya dan ini secara langsungnya menggambarkan hubungan yang semakin erat antara hubungan dua negara ini.
“China telah menjadi rakan dagang terbesar Malaysia selama 15 tahun berturut-turut, dan dasar bebas visa baru-baru ini telah meningkatkan lagi pertukaran budaya dan komersial antara negara kita,” tambahnya lagi.
Menurutnya lagi, ekspo ini akan mengetengahkan lebih 200 jenama dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) terkemuka dari China merentasi pelbagai sektor, termasuk tenaga baharu (PV solar (photovoltaics), stor tenaga, cerucuk pengecasan), lampu, peralatan domestik dan produk rumah pintar. Ekspo ini akan menyediakan pengalaman pembelian yang komprehensif sama ada untuk pengusaha perniagaan tempatan yang mencari pesanan pukal, serta pengguna runcit yang meneroka pelbagai jenis produk.
JMM Exhibition mengunjurkan Ekspo Produk E-Dagang Terpilih Malaysia 2024 akan menarik lebih 15,000 pengunjung dan menjana transaksi sebanyak RM60 juta dalam urus niaga perdagangan, menandakan lagi pencapaian baru dalam sejarah hubungan perdagangan Malaysia-China. Acara tiga hari itu diadakan percuma untuk bermula dari 29 November hingga 1 Disember di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).