Kerajaan amal polisi pintu terbuka dalam sektor pertanian, keterjaminan makanan

Dari Penulis

MALAYSIA sentiasa mengamalkan polisi pintu terbuka dalam memperkukuhkan sektor pertanian dan keterjaminan makanan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata, kerajaan khususnya Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengalu-alukan kerjasama strategik pelabur dari dalam dan luar negara, serta menggalakkan kerjasama awam-swasta.

Mohamad berkata, Program Inovasi Nasional Keterjaminan Agromakanan Rakyat (PINTAR) yang menggariskan lima strategi merangkumi sektor tanaman, ternakan, perikanan dan industri asas tani, merupakan contoh kerangka kerjasama yang telah dilaksanakan setakat ini.

“Melalui konsep PINTAR ini, pelaksanaan dan pembudayaan inovasi dan re-engineering dalam semua aspek rantaian nilai sektor agromakanan diberi penekanan yang komprehensif,” katanya berucap pada Persidangan Keterjaminan Makanan Asia 2024, pada Rabu.

Beliau berkata, KPKM juga aktif dalam meningkatkan kerjasama di peringkat antarabangsa melalui pelbagai rundingan dua hala dan pelbagai hala.

Baca artikel lain: Harga RON97, diesel turun 15 sen

“Pada tahun lepas, semasa Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pertanian dan Perhutanan (AMAF) ke-45, Malaysia sebagai pengerusi telah menyatakan komitmen untuk melipatgandakan usaha memacu kerjasama lebih erat antara negara anggota, bagi memelihara keterjaminan makanan di rantau ini.

“Kita juga telah mencadangkan dua keutamaan pencapaian ekonomi sebagai persediaan Malaysia sebagai tuan rumah dan Pengerusi ASEAN pada tahun hadapan. Saya berharap ia mampu mencapai pembangunan dalam sektor pertanian yang lebih mampan, serta mengukuhkan keselamatan makanan di rantau ASEAN,” katanya.

Mohamad memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus memberi fokus kepada usaha memperkasakan industri pertanian dan pada masa sama meningkatkan kualiti hidup serta tahap sosioekonomi petani, penternak dan nelayan di Malaysia.

“Bagi tahun ini, sebanyak RM6.17 bilion telah diperuntukkan untuk pembangunan sektor pertanian dan keterjaminan makanan negara, dan jumlah ini merupakan peruntukan terbesar dalam sejarah setakat ini,” katanya.

— Bernama

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This