Perak nafi lulus RM30 juta pembangunan Kampung Baru Cina

Dari Penulis

KERAJAAN negeri Perak menafikan dakwaan meluluskan peruntukan RM30 juta bagi tujuan pembangunan Kampung Baru Cina di negeri itu, seperti tular di media sosial memaparkan kenyataan seorang aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung perkara itu, baru-baru ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata kenyataan dikeluarkan aktivis berkenaan ketika berkongsi pentas ceramah bersama pimpinan parti politik pembangkang adalah satu pembohongan kononnya kerajaan negeri pada tahun lalu telah meluluskan peruntukan tersebut selepas menerima desakan politik.

Menurutnya peruntukan seperti didakwa sebaliknya adalah inisiatif Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal Kampung Baru Cina termasuk menaik taraf kemudahan seperti jalan dan longkang.

“Amat dikesali apabila aktivis berkenaan membuat kenyataan di pentas politik dengan sengaja mengeluarkan kenyataan yang sangat terpesong sehingga mengundang salah tanggapan awam terhadap kerajaan negeri Perak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: Saarani sedia bekerjasama dengan SPRM berhubung isu tanah rizab Melayu

Melahirkan kekesalan, katanya kenyataan tersebut menimbulkan kegusaran apabila sebahagian netizen menelan bulat-bulat kenyataan yang dibuat sehingga melemparkan pelbagai persepsi negatif dan komen jelik mengakibatkan perdebatan bermotifkan kaum di laman sosial.

Saarani berkata jika KPKT diberi tanggungjawab membangunkan infrastrukur kampung-kampung baru Cina, Kerajaan Persekutuan melalui pelbagai agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah pula berperanan membangunkan kemudahan kawasan luar bandar.

“Pada 2023 misalnya, Kerajaan Persekutuan membelanjakan RM2.55 bilion bagi menyediakan pelbagai kemudahan di kawasan desa termasuk pembinaan jalan baharu, bekalan air dan elektrik serta menaik taraf jambatan dan membaik pulih jalan rosak.

“Kerajaan negeri amat mengalu-alukan wacana dan perbincangan sihat tetapi biarlah ia dilakukan atas prinsip kebenaran, bukannya dengan membuat ulasan secara membuta tuli dengan memesong fakta atau mereka-reka cerita untuk menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas tak bantu kempen Bersatu di PRN Johor

PAS yang sebelum ini mengumumkan untuk membatalkan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan membantu kempen...

More Articles Like This