CUACA pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Kluang esok diramalkan hujan pada sebelah pagi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi ramalan cuaca khas sempena hari penamaan calon PRK itu yang dimuat naik di akaun Facebook juga memaklumkan cuaca pada sebelah petang adalah baik.
MetMalaysia juga menggalakkan orang ramai untuk mendapatkan informasi cuaca terkini di akaun media sosial jabatan itu atau lawab web www.met.gov.my.
Baca artikel lain: Pejuang sokong calon PN dalam PRK DUN Mahkota
Proses penamaan calon PRK DUN Mahkota akan berlangsung di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang pada 9 pagi esok.
PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, ketika menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang pada 2 Ogos lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 28 September, manakala undi awal pada 24 September ini.
–BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

