PN terima isyarat pengundi di Mahkota dengan berlapang dada – Muhyiddin

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PERIKATAN Nasional (PN) menerima isyarat yang diberikan oleh rakyat dengan berlapang dada susulan daripada kekalahan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, kekalahan tersebut sama sekali tidak akan mematahkan semangat juang gabungan tersebut.

“PN menghormati pilihan pengundi DUN Mahkota selaras dengan semangat demokrasi. Saya percaya kekalahan calon PN dalam PRK ini tidak akan mematahkan semangat kita untuk terus berjuang.

“Kita mesti menerima isyarat pengundi DUN Mahkota dengan berlapang dada dan mengambil langkah segera untuk memperbaiki prestasi parti,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Baca artikel lain: Siasatan 1BestariNet: SPRM sudah bertemu Maszlee minggu lalu

Semalam, calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah, 40, diisytiharkan sebagai wakil rakyat yang dipilih bagi kerusi DUN Mahkota, selepas Ketua Pemuda UMNO bahagian Kluang itu disahkan menang dengan majoriti 20,648 undi.

Berdasarkan kiraan rasmi diumumkan, Syed Hussien memperoleh 27,995 undi mengatasi calon PN, Mohamad Haizan Jaafar yang memperoleh 7,347 undi.

Kemenangan itu membolehkan BN mempertahankan kerusi DUN Mahkota dengan majoriti lebih besar, empat kali ganda berbanding dicatatkan parti di kerusi sama ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 2022.

Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu yakin bahawa PN akan bangkit untuk memenangi kembali hati rakyat pada masa akan datang.

“Insya-Allah, PN dan Bersatu khususnya akan bangkit semula dengan semangat yang lebih jitu untuk mencipta kemenangan di pentas demokrasi,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This