SELEPAS memuat naik hantaran gambar hitam putih di Instagram seolah memberi bayangan kesedihan yang sedang dilalui susulan pergolakan rumah tangga, aktres Fazura turut berkongsi foto bersama anak perempuannya, Nur Fatima Aisya dengan kata-kata hikmah.
Menerusi akaun Instagram @fattzuralovelife, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 41, berkongsi nasihat agar Fatima terus kuat menjalani kehidupan pada masa akan datang.
“Kuat dan tabah, itulah sikap yang ada padamu apabila dewasa nanti,” tulisnya.
Akaun tersebut merupakan perkongsian aktiviti dan kehidupan harian Fazura bersama suaminya iaitu Fattah Amin dan anak mereka.
Menerusi entri tersebut, Fazura dilihat sedang memeluk erat anak tunggalnya dan lebih menarik perhatian apabila foto tersebut dimuat naik dengan warna hitam putih seolah memberi bayangan kesedihan yang di alami ketika ini.
Terdahulu, Fazura memfailkan perceraian terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, hari ini.
Walau bagaimanapun, butiran lanjut mengenai pekara terbabit masih belum diketahui.
Terdahulu, timbul khabar angin mendakwa rumah tangga pasangan selebriti itu sedang bergolak.
Untuk rekod, Fazura dan Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 33, mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

