Netizen kecewa Fazura failkan cerai, Instagram Fattah Amin kena ‘serang’ – “Bini punyalah cantik, pandai cari duit, ada anak comel…,”

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SUHU industri seni tempatan hari ini agak panas selepas berita mengenai aktres Fazura memfailkan cerai terhadap suaminya, pelakon Fattah Amin diketahui umum.

Malah, netizen yang turut terkesan mendengar khabar tersebut secara tidak langsung telah ‘menyerang’  akaun Instagram Fattah.

Rata-rata menggelarkan Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin,33 sebagai lelaki yang tidak menghargai pengorbanan Fazura melahirkan zuriat mereka.

Malah, ada juga yang menuduh Fattah mensia-siakan rumah tangga yang dibina bersama Fazura.

“Dari zaman kau ‘kayu’, Fazura yang sokong, Fazura yang banyak bagi semangat dan buka jalan bantu naikkan nama kau. Nak suruh setia jaga rumah tangga pun gagal. Lemah!

“Fazura tu punya lah cantik. Kecewa aku dengan si Fattah ni.

“Bini punyalah cantik, pandai cari duit, ada anak comel. Tak faham betul lelaki macam ni,” tulis netizen.

Untuk info, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, hari ini.

Terdahulu, konflik rumah tangga Fazura, 41, dan Fattah, 33, mula timbul selepas mereka sudah tidak lagi berkongsi gambar bersama di media sosial.

Malah, masing-masing juga tidak lagi saling meninggalkan komen di hantaran media sosial seperti sebelum ini.

Menerusi laporan URTV sebelum ini, Fazura menyangkal dakwaan rumah tangganya bersama Fattah sedang bergolak sekaligus menegaskan hubungan mereka masih baik.

Jelas Fazura, mereka membuat keputusan untuk tidak berkongsi kisah peribadi dan hal kebahagiaan di media sosial berikutan ingin menghormati penderitaan rakyat Palestin.

Untuk info, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang berusia tiga tahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This