AKTRES popular, Nur Fazura Sharifuddin memfailkan perceraian terhadap suaminya yang juga pelakon Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, hari ini.
Bagaimanapu, punca mereka membuat keputusan untuk berpisah tidak didedahkan.
Memetik laporan BH Online, sumber terbabit mengesahkan mengenai tindakan Fazura namun tidak mendedahkan butiran lanjut.
“Iya, Fazura sudah failkan perceraian sebelum tengah hari tadi. Dia tidak hadir ke mahkamah sebaliknya urusan memnfailkan perceraian itu dibuat oleh peguam yang mewakilinya.
“Buat masa ini, punca perceraian tidak didedahkan,” katanya.

Terdahulu, konflik rumah tangga Fazura, 41, dan Fattah, 33, mula timbul selepas mereka sudah tidak lagi berkongsi gambar bersama di media sosial.
Malah, masing-masing juga tidak lagi saling meninggalkan komen di hantaran media sosial seperti sebelum ini.
Menerusi laporan URTV sebelum ini, Fazura menyangkal dakwaan rumah tangganya bersama Fattah sedang bergolak sekaligus menegaskan hubungan mereka masih baik.
Jelas Fazura, mereka membuat keputusan untuk tidak berkongsi kisah peribadi dan hal kebahagiaan di media sosial berikutan ingin menghormati penderitaan rakyat Palestin.
Untuk info, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
SUMBER: BERITA HARIAN

