Pereka dalaman dtemukan maut ditikam 20 kali

Dari Penulis

SEORANG pereka dalaman maut ditikam 20 kali selepas disyaki terlibat pergaduhan dengan seorang individu yang belum dikenal pasti di sebuah pangsapuri di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, Damansara kira-kira pukul 11 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja’afar berkata pihaknya menerima laporan daripada jiran mangsa yang bimbang selepas terdengar bunyi pergaduhan dan tidak melihat mangsa keluar dari rumah selepas kejadian.

“Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah pergi ke rumah mangsa bagi menjalankan siasatan awal dan hasil pemeriksaan di tempat kejadian telah menemukan mayat seorang lelaki berumur 36 tahun dengan kesan tikaman.

“Jumlah keseluruhan tikaman dianggarkan 20 dengan lima tikaman di sebelah rusuk kiri, enam tikaman di kepala dan sembilan tikaman di kedua-dua pergelangan tangan telah ditemui pada mayat mangsa yang bekerja sebagai pereka dalaman itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shahrulnizam berkata mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan pihaknya turut difahamkan mangsa tinggal bersendirian di pangsapuri berkenaan yang baru dibelinya tahun lepas.

“Barangan mangsa seperti beg duit dan telefon bimbit disyaki telah dicuri, jadi kita juga tidak tolak kemungkinan kes ini adalah pecah rumah menjadi samun hingga menyebabkan kematian dan suspek kes ini dipercayai juga tercedera semasa bergelut dengan mangsa,” katanya dengan menambah siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini dipohon untuk tampil bagi membantu siasatan dan boleh menghubungi IPD Petaling Jaya di talian 03-7966 2222. – BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This