MEDIU tawar biasiswa khas kepada pelajar Malaysia

Dari Penulis

Al-Madinah International University (MEDIU) kini menawarkan dua biasiswa khas bagi Program Asasi Bahasa Arab dan Pengajian Islam untuk pelajar Malaysia yang menyambung pengajian di universiti antarabangsa itu bagi pengambilan September ini.

Timbalan Ketua Eksekutif MEDIU, Prof Madya Dr Omar Muhammad Din berkata, biasiswa penuh termasuk yuran pengajian dan penginapan ditawarkan untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf.

Menurut beliau, bagi program ijazah, MEDIU menyediakan biasiawa yuran pengajian sepenuhnya bagi progam Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, dan Ijazah Kedoktoran dalam bidang Al-Quran dan Ulumul Quran, Tafsir dan Pengajian Qiraat.

“Keseluruhan program dan kursus yang ditawarkan di MEDIU adalah diakreditasi penuh oleh Pihak Berkuasa Akreditasi Malaysia (MQA) dan diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA).

“Sementara itu, kaedah pembelajaran di MEDIU melalui dua cara iaitu secara bersemuka di kampus utama universiti di Desa Petaling dan secara maya di mana permohonan biasiswa ini akan ditutup pada 22 September ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

MEDIU yang ditubuhkan sejak 2007 dan beroperasi di Shah Alam sebelum berpindah ke Kampus Utama di Desa Petaling pada 2018 merupakan hasil kerjasama Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi adalah sebagai universiti berkonsep wakaf yang ketika itu dikenali universiti maya atau dalam talian sebelum memulakan pengajian dalam kampus pada 2010.

Ketika ini, universiti ini memiliki 3,500 pelajar di mana 2,800 pelajar mengikut pengajian secara maya dengan majoriti pelajar antarabangsa mencecah 70 peratus.

Bagi kaedah pembelajaran di kampus, ia membabitkan seramai 700 pelajar dengan majoriti pelajar tempatan sebanyak 65 peratus.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hafazan Itqan 2026: Rekod 1,958 Peserta Bukti Anak Muda Makin Dekati Al-Quran

PENGANJURAN 18th Itqan National Quranic Memorisation Competition mencatatkan pencapaian luar biasa apabila berjaya menarik penyertaan seramai 1,958 peserta dari...

More Articles Like This