Curi rantai emas RM30,000, polis buru wanita berniqab

Dari Penulis

POLIS kini mengesan seorang wanita bertudung dan berniqab yang bertindak melarikan seutas rantai emas di sebuah kedai emas dekat Kuala Selangor pada 12.25 tengah hari Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada pembantu kedai emas terbabit pada hari kejadian.

“Suspek seorang wanita bertudung telah masuk ke dalam kedai dan berpura-pura mahu membeli barang kemas sebelum melarikan seutas rantai.

“Anggaran kerugian bernilai RM30,000,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Jelasnya, polis kini membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 380 Kanun Kesiksaan.

Sebelum itu tular hantaran di laman Facebook menyatakan suspek telah membawa lari seutas rantai tangan emas 916 seberat 74.50 gram.

Menerusi hantaran, suspek dipercayai telah melarikan diri menaiki kereta Perodua Myvi dengan nombor pendaftaran VLN 8563.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This