JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) bekerjasama dengan pihak Touch ‘n Go (TnG) untuk mengemas kini maklumat nombor kad pengenalan pemilik kenderaan Singapura bagi memudahkan permohonan tag Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) Permit Kemasukan Kenderaan Asing (VEP).
Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli dalam kenyataan hari ini berkata ia boleh dilakukan menerusi aplikasi TNG eWallet pada menu ‘VEP JPJ’.
Beliau berkata bagi tujuan itu, pemilik kenderaan yang merupakan pengguna aplikasi TNG eWallet Singapura perlu mengemas kini aplikasi TNG eWallet kepada versi yang terkini iaitu iOS versi 1.8.37, Android versi 1.8.35.1 dan Huawei versi 1.8.35.1.
“Pihak TNG turut menyediakan pemudah cara yang akan membantu pemilik kenderaan Singapura mengemas kini maklumat yang berkaitan TNG eWallet.
“Pemudah cara ini akan ditempatkan di lokasi yang ditetapkan di dua lokasi tambahan bagi pendaftaran tag itu di Johor iaitu JPJ di Taman Daya dan Akademi Pengangkutan Jalan Wilayah Selatan di Larkin bermula 23 Sept ini,” katanya.
Beliau berkata Kementerian Pengangkutan (MOT) dan JPJ berharap langkah itu akan memudahkan proses pendaftaran VEP bagi pemilik kenderaan Singapura seterusnya memastikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik dan cekap, demi menjamin kesejahteraan dan keselesaan pengguna jalan raya di Malaysia.
MOT menerusi JPJ bakal melaksanakan penguatkuasaaan VEP di sempadan darat Malaysia-Singapura bermula 1 Okt ini.
Pertanyaan lanjut berhubung pendaftaran akaun TNG eWallet boleh dilakukan melalui ‘Chatbox’ di laman sesawang https://www.touchngo.com.my.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

