B-20: Malaysia seri tanpa jaringan dengan Korea Utara

Dari Penulis

SKUAD bawah 19 (B-19) tahun negara berjaya mendapat satu mata apabila terikat tanpa jaringan dengan Korea Utara dalam aksi kedua Kumpulan E kempen kelayakan Piala Asia B-20 2025, sebentar tadi.

Walaupun menghadapi pasukan lawan dengan 10 pemain kerana mendapat kad merah 30 minit sebelum permainan tamat, skuad negara gagal untuk mencari gol kemenangan dalam perlawanan di Stadium Republican Central, Dushanbe, Tajikistan.

Pada aksi itu, babak pertama berakhir tanpa jaringan selepas kedua-dua pasukan buntu untuk menghasilkan gol terutama Korea Utara yang dilihat lebih menguasai permainan.

Penguasaan skuad kendalian Jon Chol bagaimanapun terjejas ketika perlawanan memasuki minit ke-65 apabila mereka terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Jong Un Hyok dilayangkan kad merah.

Tonggak pertahanan Korea Utara itu dihukum dengan kad kuning kedua kerana mengasari pemain Harimau Malaya B-19, Haykal Danish Mohd Haizon.

Haykal hampir memecah kebuntuan pada minit ke-67, namun sepakan percumanya ke penjuru kiri gawang Korea Utara diselamatkan penjaga gol, Hong Kil Ryong.

Meksipun berjaya melakukan beberapa gerakan dan beberapa lagi percubaan selepas itu, anak buah Juan Torres Garrido gagal menghasilkan jaringan yang menyaksikan kedudukan 0-0 kekal hingga wisel penamat.

Harimau Malaya B-19 yang mengejutkan Oman 2-1 dalam aksi pertama, Sabtu lalu berkongsi empat mata bersama Korea Utara dan berada dalam kelompok dua teratas kumpulan.

Skuad negara seterusnya akan berdepan satu lagi tugas sukar apabila menentang tuan rumah, Tajikistan di gelanggang sama, Jumaat ini sebelum aksi terakhir melawan Sri Lanka, Ahad ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gyokeres, Isak bantu Sweden benam Tunisia 5-1

GANDINGAN penggempur berbisa, Alexander Isak dan Viktor Gyokeres membantu Sweden menewaskan Tunisia 5-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan F, sebentar...

More Articles Like This