Ernie Zakri umum konsert solo, bakal ‘tawan’ Dewan Plenari pada 25 Januari tahun depan

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI Ernie Zakri bakal mengadakan konsert solo pertamanya di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 25 Januari tahun hadapan.

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri Ernie menerusi entri di Instagram miliknya. 

“Saya ibu, saya isteri, saya Ernie Zakri. Mungkin ini adalah doa-doa peminat yang mahukan saya untuk mengadakan konsert pertama selepas sekian lama menunggu.

“Saya ingin mempersembahkan Aura: Ernie Zakri Live in Concert khas untuk semua yang tersayang,” katanya.

Konsert tersebut merupakan anjuran SAH Entertainment.

Menjengah ke ruangan komen, peminat Ernie yang dikenali sebagai Ernieators bagaikan tidak sabar untuk menyaksikan penyanyi kesayangan mereka di pentas berskala mega.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This