EXS Synergy meterai kerjasama strategik dengan The Joy Factory

Dari Penulis

PENERAJU pakar pengurusan teknologi peralatan kalis letupan (EX), EXS Synergy memeterai kerjasama dengan The Joy Factory bersempena Pameran Minyak dan Gas (OGA) 2024 tidak lama lagi. 

EXS Synergy dalam kenyataan memaklumkan, kerjasama dengan The Joy Factory yang merupakan peneraju global dalam penyelesaian perlindungan dan pemasangan tablet inovatif menggabungkan kepakaran kedua-dua syarikat. 

Menurut EXS Synergy, ia memberikan penyelesaian terbaik yang direka untuk memenuhi permintaan industri minyak dan gas. 

Syarikat itu yang merupakan Perkhidmatan Kemudahan Bertauliah (CSF) turut memperkenalkan penyelesaian inovatif dalam kejuruteraan dan pengurusan aset untuk peralatan kalis letupan iaitu IntellEX. 

“Dengan memanfaatkan analitik data dan pemeriksaan berasaskan risiko (RBI), IntellEX membolehkan pemilik aset dan operator mengoptimumkan kecekapan operasi serta memastikan pematuhan peraturan dalam persekitaran mencabar. 

“Dengan rekod prestasi yang terbukti meningkatkan produktiviti sehingga 100 peratus dan penjimatan kos sebanyak 50 peratus kepada 30 pelanggan merentas pelbagai negara, IntellEX menetapkan standard baharu untuk kecemerlangan dalam pengurusan aset EX,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Mengulas lanjut, EXS Synergy memberitahu, produk The Joy Factory sememangnya dikenali di seluruh dunia. 

Katanya, sarung lasak gred industri yang dihasilkan syarikat tersebut direka bentuk bertahan dalam pelbagai situasi termasuk keadaan ekstrem. 

“Direka untuk melindungi iPad dalam persekitaran paling sukar termasuk operasi minyak dan gas, sarung tahan lasak itu memastikan jangka hayat dan keselamatan peranti. 

“Pada masa sama, ia meminimumkan masa henti dan memaksimumkan produktiviti,” jelasnya. 

Pada Pameran OGA 2024 nanti, kedua-dua syarikat itu bakal bersama-sama mempamerkan penyelesaian yang menghimpunkan perkasakan canggih The Joy Factory dengan perisian pengurusan EXS Synergy. 

Gabungan sarung tablet tahan lasak dan perisian IntellEX menyediakan penyelesaian lengkap untuk persekitaran berbahaya, memastikan keselamatan, kecekapan operasi dan pematuhan peraturan dalam tetapan industri. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This