KERAJAAN tidak pernah meminggirkan kebajikan masyarakat India dan sentiasa menambah baik segala aspek penting termasuk pendidikan, penyediaan rumah ibadat dan peluang pekerjaan.
Penegasan itu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu pertemuan dengan ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan media masyarakat India hari ini.
Dalam hantaran di Facebook, Anwar turut mengingatkan tentang kepentingan bagi mengekalkan keharmonian antara semua kaum supaya terus kekal terpelihara.
Pada kesempatan itu juga, Perdana Menteri mengumumkan sebanyak RM1.5 juta telah disalur sehingga kini untuk bakul makanan sempena perayaan Deepavali.
“Sebanyak RM20 juta pula disalurkan bagi pembinaan tempat pembakaran mayat atau krematorium di beberapa negeri melibatkan Kedah, Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.
Baca artikel lain: Kerajaan MADANI ambil serius isu sentuh akidah, syariat umat Islam – PM
“Keprihatinan Kerajaan MADANI terhadap masyarakat India akan diteruskan melalui Belanjawan 2025 yang akan diumum pada 18 Oktober depan melalui beberapa program khusus seperti mana yang pernah dilaksanakan sebelum ini,” katanya dalam hantaran tersebut hari ini.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan sebelum ini juga telah menyalurkan peruntukan kepada Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).
“Selain itu beberapa dana juga ditambah seperti bantuan sejumlah kepada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) untuk masyarakat India.
“Moga taraf sosioekonomi masyarakat India di negara ini dapat terus dipertingkatkan di masa hadapan, insya-Allah,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

