MCMC, MIDA bangunkan rangka kerja penilaian tahap kesediaan 5G dalam kalangan PKS

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SURUAHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menganjurkan Bengkel Pelaksanaan Kerangka Penilaian Tahap Kesediaan Industri Bagi Perkhidmatan 5G Di Malaysia. 

MCMC dalam kenyataan memaklumkan, bengkel berkenaan adalah tindakan susulan daripada pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara MCMC dan MIDA pada 4 Julai lalu untuk menjalankan program serta inisiatif dengan memanfaatkan rangkaian 5G dalam sektor vertikal serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Jelas MCMC, penganjuran bengkel sehari di Putrajaya itu bertujuan untuk membangunkan kerangka bagi menilai tahap ketersediaan sektor-sektor utama ekonomi negara iaitu pembuatan, perkhidmatan, pembinaan dan pertanian dalam penerimagunaan teknologi 5G.

Menurut MCMC, parameter yang akan digunakan untuk menilai tahap ketersediaan sektor-sektor utama meliputi aspek lokasi, pelaburan, kemahiran/bakat, infrastruktur digital dan perkhidmatan.

“Sepanjang sesi bengkel tersebut, pelbagai maklum balas telah dikemukakan dari agensi-agensi yang terlibat antaranya seperti Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), SIRIM Berhad, SME Corporation Malaysia (SME Corp), Digital Nasional Berhad (DNB), syarikat-syarikat telekomunikasi serta persatuan- persatuan industri berkepentingan.

“Maklum balas yang dikemukakan ini kemudiannya akan digunakan untuk membangunkan sebuah kerangka kerja penilaian yang komprehensif bagi penerimagunaan teknologi 5G oleh pelbagai industri di Malaysia, termasuk dalam kalangan PKS,” jelas MCMC.

MCMC turut menyifatkan penganjuran bengkel itu sebagai satu langkah signifikan ke arah memastikan ketersediaan industri dalam mengadaptasi teknologi 5G. 

Jelas MCMC, ia berupaya untuk meningkatkan tahap produktiviti dan kecekapan dalam sektor pembuatan, perkhidmatan, pembinaan, pertanian dan perlombongan.

Sementara itu, MIDA dalam kenyataan sama turut menekankan komitmen untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi penggunaan teknologi canggih itu 

“Penerimagunaan teknologi 5G ini bukan sahaja akan meningkatkan produktiviti dalam industri-industri utama, malahan menjadikan Malaysia sebagai peneraju inovasi digital di rantau ini. 

“Ini sekali gus akan memacu pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan daya saing negara di peringkat global,” jelas MIDA.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Krisis Negeri Sembilan: Semua pihak perlu ikut jalur hukum yang sah – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa semua pihak perlu mengikut jalur hukum yang sah serta menghormati Perlembagaan...

More Articles Like This