Pemuda rempuh kedai selepas cuba ambil telefon terjatuh di kaki

Dari Penulis

TINDAKAN seorang lelaki yang mahu mengambil telefon terjatuh di kaki membawa padah apabila kenderaan yang dipandu merempuh lot kedai di Jalan Pantai Chenang, Langkawi, 12.30 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashaari berkata, kejadian berlaku apabila pemandu Perodua Axia berusia 23 tahun itu cuba mengambil telefon bimbit yang terjatuh di bahagian kaki.

Beliau berkata, pemandu terbabit bagaimanapun telah tertekan pedal minyak sebelum merempuh lot kedai di tepi jalan.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini,” katanya memetik laporan Berita RTM.

Kes disiasat bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lagi kes di Kem Hobart: Dua anggota tentera cedera ketika latihan menembak

TENTERA Darat Malaysia (TDM) mengesahkan berlakunya satu insiden kemalangan semasa Latihan Peningkatan Tempur (LPT) di Lapang Sasar Kem Hobart,...

More Articles Like This