Tolak sepentas dengan Akmal, Teresa isytihar perang terhadap UMNO? – Fadhli Shaari

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

TINDAKAN Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok menolak untuk berada sepentas dengan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh sebagai satu isyarat ‘perang’.

Ketua Penerangan Pas, Fadhli Shaari berkata, kenyataan Teresa itu juga seperti memberi bayangan Ahli Parlimen Seputeh berkenaan menolak UMNO secara keseluruhan.

“Tak elok Teresa buat begitu. Parti yang bertanding di Mahkota ialah UMNO, calonnya pula dari Pemuda UMNO, jika Teresa tak sudi sepentas dengan Ketua Pemuda UMNO, itu bermaksud YB Teresa telah tolak UMNO keseluruhannya. Tak elok tu boss.

“Saya yakin, pemuda-pemuda UMNO tidak akan biarkan orang ini ‘isytihar perang’ terhadap bos mereka. 

“Kecuali pendirian Ketua Pemuda UMNO sebenarnya tidak mendapat sokongan daripada orang-orang UMNO sendiri,” katanya.

Terdahulu, Muhamad Akmal dan Kok terlibat dalam pertikaian berkenaan isu halal baru-baru ini.

Pertikaian kedua-dua pemimpin itu berlarutan apabila Teresa mengemukakan surat tuntutan kepada exco Melaka tersebut ekoran kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini.

Di sebalik kemelut itu, muncul cadangan agar Muhamad Akmal dan Teresa ‘disatukan’ di atas pentas kempen bagi memenangkan calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussein Syed Abdullah, yang cuba mempertahankan kerusi Mahkota daripada dirampas oleh Perikatan Nasional (PN) pada Sabtu ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis siasat lelaki berpakaian seperti askar, bawa senjata di Kepong

PIHAK polis sedang menyiasat video tular yang memaparkan seorang lelaki berpakaian menyerupai pasukan keselamatan dan memiliki senjata dipercayai tiruan...

More Articles Like This