Ira Kazar tuntut RM3,000 atas alasan menyusahkan tapi mahkamah perintah Syamsul Yusof hanya bayar RM200

Dari Penulis

Hakim Syarie Maizatul Aliza Chee Din memerintahkan pengarah sensasi, Syamsul Yusof  membayar kos kehadiran sebanyak RM200 kepada bekas isterinya, Ira Kazar susulan permohonan perceraian yang difailkannya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, pada 19 Ogos lalu.

Menurut peguam syarie yang mewakili Ira, Mohammad Fadil Abdul Razak, keputusan itu dibuat selepas meneliti dan mempertimbangkan keterangan defendan (Ira) yang menuntut RM3,000 atas alasan sudah menyusahkan selain pihak plaintif (Syamsul) tidak berterus-terang mengenai wujudnya lafaz taklik pada Jun lalu.

Ira Kazar ketika hadir bagi permohonan tuntutan ganti rugi kos penceraian terhadap bekas suaminya,Syamsul Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Kes hari ini sudah selesai. Kami hadir untuk tutup terus kes permohonan cerai yang difailkan Syamsul.

“Kes yang difailkan Ira sudah selesai pada 5 September lalu dan hari ini pihak Syamsul mahu menarik balik permohonan.

“Mahkamah sudah meluluskan dan memerintahkan kos sebanyak RM200 diberikan. 

“Cuma saya ingin menyatakan di sini saya kesal lafaz cerai sudah berlaku pada Jun tetapi tindakan diambil pada Ogos bukan merujuk pada pengesahan lafaz cerai sebaliknya merujuk kepada permohonan cerai biasa.

“Sebab itu kami failkan di Kuala Selangor. Ini kerana kalau Syamsul tidak failkan, Ira yang kena failkan. Berikutan itu ramai yang keliru. Jadi disebabkan itu hari pihak Syamsul menarik balik kes dan tutup terus,” katanya.

Dalam pada itu, peguam syarie yang mewakili Syamsul iaitu Azmi Mohd Aris berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan kos kehadiran yang dituntut defendan sebanyak RM3,000 kerana menyifatkan proses perceraian yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor pada 5 September lalu sudah menjimatkan masa semua pihak.

Peguam kepada pengarah dan pelakon Syamsul Yusof, Azmi Mohd Rais bercakap kepada pemberita di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Sepatutnya hari ini pihak kami ingin menarik semula permohonan membabitkan tuntutan perceraian dengan kebenaran mahkamah di bawah seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor (EUUKIS) yang difailkan Syamsul pada 19 Ogos lalu.

“Pihak saya juga sudah memfailkan notis penarikan semula kes yang difailkan. Bagaimanapun Ira yang hadir bersama peguam memohon kos kehadiran sebanyak RM3,000 kepada mahkamah, namun Syamsul hanya perlu membayar RM200 kepada Ira.

“Bagi saya, apa penting sekarang ini adalah kedua-dua pihak sudah ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor untuk menyelesaikan isu pelanggaran taklik pada hari sama dan menerima keputusan itu.

“Jadi kami percaya sedikit-sebanyak perkara itu sudah menjimatkan masa dan kos kedua-dua pihak,” katanya.

Pada 5 September lalu, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik yang dilafaz oleh Syamsul Yusof terhadap Ira Kazar ketika pasangan itu masih bergelar suami isteri.

Hakim Syarie, Mohd Faizal Habib mengesahkan perkara itu selepas Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin selaku plaintif memfailkan lafaz cerai taklik pada 21 Ogos lalu.

Peguam syarie mewakili Ira, Mohammad Fadhil Abdul Razak berkata, mahkamah mengesahkan berlakunya lafaz taklik dan sekali gus jatuh talak satu.

Lafaz cerai taklik ialah lafaz cerai yang dilafaz oleh suami dengan meletakkan syarat taklik dan jika isteri melanggar syarat tertentu, maka boleh menyebabkan jatuh talak.

Pada 19 Ogos lalu, Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Syamsul Mohd Yusof, 40, memfailkan perceraian terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini.

Syamsul dan Ira mendirikan rumah tangga pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Susulan itu, pelakon Puteri Sarah Liyana pada ketika itu sebagai isteri Syamsul nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This