Lubang benam sepanjang 4 meter muncul di Kompleks Bunga Raya, KLIA

Dari Penulis

LUBANG benam sedalam satu meter dengan lebar 5.4 meter dan panjang lebih empat meter dikesan di laluan masuk ke Kompleks Bunga Raya, Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dekat Sepang, pagi tadi.

Kemeterian Kerja Raya dalam satu kenyataan memaklumkan, kebocoran paip kumbahan disyaki menjadi punca terjadinya lubang benam tersebut.

“Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati terdapat satu lurang kumbahan milik KLIA yang berada berhampiran kawasan lubang benam itu,” kata kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, jalan di sekitar lubang tersebut masih boleh digunakan oleh semua kenderaan.

“Kejadian tersebut telah dimaklumkan kepada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bagi tindakan lanjut,” katanya.

Kemeterian Kerja Raya menambah, pemantauan dan pemeriksaan di tapak serta pemasangan Pelan Pengurusan Trafik (TMP) oleh pihak MAHB turut dijalankan.

Laporan terperinci akan dikeluarkan oleh pihak MAHB setelah selesai siasatan dibuat dan pihak Jabatan Kerja Raya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Penunggang maut dirempuh motosikal ketika lintas persimpangan lampu isyarat

SEORANG penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di persimpangan lampu isyarat jejantas atas Jalan Johor...

More Articles Like This