Delegasi BN ke China atas jemputan rasmi – Ahmad Zahid

Dari Penulis

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, lawatan delegasi BN ke China baru-baru ini hanya memenuhi jemputan rasmi daripada kerajaan negara itu.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, lawatan itu merupakan lawatan biasa bertujuan memberi pendedahan mengenai kemajuan yang dilaksanakan di republik tersebut.

“Begitu juga dalam Perhimpunan Agung UMNO, kita jemput semua parti politik sahabat seluruh dunia untuk datang,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Tautan Kasih di Kampung Orang Asli Tanah Runtuh pada Khamis.

Baca artikel lain: Malaysia cadang tubuh pasukan petugas perkukuh pembangunan sektor tenaga dengan Laos

Ahmad Zahid juga menegaskan bahawa tiada sebarang unsur indoktrinasi berlaku sepanjang lawatan tersebut, dengan BN tetap berpegang teguh kepada ajaran Islam dan semangat nasionalisme sebagai sebuah negara merdeka.

Semalam, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menafikan dakwaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Dr Sahruddin Jamal yang dilaporkan bimbang lawatan delegasi BN ke China akan membawa ajaran komunis.

Mohd Puad yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berkata lawatan ke negara itu adalah bersempena 50 tahun hubungan persahabatan Malaysia-China.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: 3,565 petugas PDRM digerakkan sempena undi awal

SERAMAI 3,565 petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal digerakkan bagi melaksanakan pelbagai penugasan sepanjang proses pengundian awal sempena Pilihan...

More Articles Like This