Program MADANI Rakyat Sarawakku Sayang sasar kehadiran 300,000 pengunjung

Dari Penulis

SEBANYAK 300,000 pengunjung disasarkan menghadiri Program MADANI Rakyat (PMR) 2024 Sarawakku Sayang yang akan berlangsung tiga hari bermula esok di Pekarangan Boulevard Mall, Miri, Sarawak.

Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi, Mazlan Abd Mutalib berkata pelbagai perkhidmatan dan aktiviti menarik disediakan kepada orang ramai termasuk Jualan MADANI.

“Selain kehadiran rakyat Sarawak, program juga dijangka dihadiri rakyat Sabah. Apa yang penting kena rancang perjalanan kerana kawasan ini akan sesak.

“Kita juga menyediakan pengangkutan, (pengunjung boleh) terus ke Stadium Miri dan menaiki bas shuttle (yang disediakan) dari 8 pagi hingga 12 malam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV bertajuk Program MADANI Rakyat 2024 Sarawakku Sayang hari ini.

Mazlan berkata untuk reruai Kementerian Komunikasi, pengunjung boleh mendapatkan perkhidmatan daripada agensi di bawah kementerian antaranya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) serta Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen).

“Di JaPen, masyarakat boleh melihat pameran gambar Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong. Selain itu, ada juga cabutan bertuah,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan Program MADANI Rakyat 2024 Sarawakku Sayang, Sabtu ini serta akan dihadiri kepimpinan tertinggi kerajaan Persekutuan dan Sarawak.

Program berkenaan menyediakan ruang bagi masyarakat untuk mendapatkan perkhidmatan secara langsung daripada kementerian dan agensi di peringkat kerajaan Persekutuan serta negeri.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This