VOL II : Kesakitan dalam senyap. Ini cara rawat lantai pelvis

Dari Penulis

Walaupun gangguan lantai pelvis memberi kesan negatif pada kualiti hidup wanita, ia sering kali tidak dirawat. Ini kerana sesetengah wanita berpendapat bahawa (incontinence )masalah mengawal kencing atau prolaps organ adalah sebahagian daripada proses penuaan, sesetengah berasa terlalu malu untuk menceritakan masalah mereka pada doktor.

Bagaimanapun, gangguan lantai pelvis boleh dirawat melalui atau tanpa pembedahan dan hampir semua masalah pundi boleh dirawat.

Apabila anda berjumpa doktor, doktor akan melakukan pemeriksaan pelvis untuk memeriksa organ yang mana telah prolaps dan keparahan masalah ini. Semasa pemeriksaan, doktor mungkin akan meminta anda untuk meneran seolah-olah berlaku pergerakan usus atau batuk – ini adalah untuk melihat simptom lebih ketara supaya doktor dapat membuat satu diagnosis.

Jika anda mengalami masalah mengawal kencing, doktor juga akan melakukan beberapa ujian untuk memeriksa pundi dan dubur.

Semua ujian ini akan membantu doktor untuk menentukan kaedah rawatan yang terbaik untuk anda.

MERAWAT ‘LANTAI’ PELVIS KEMBALI KE ASAL

● Bentuk paling asas rawatan dan pencegahan untuk gangguan lantai pelvis adalah melakukan satu senaman otot yang dipanggil ‘latihan Kegel’. Latihan ini membantu mengukuhkan otot-otot lantai pelvis terutamanya otot-otot di sekitar vagina, uretra dan dubur – ini adalah otot yang digunakan untuk menghentikan aliran air kencing.

● Untuk melakukan latihan ini, tekankan otot-otot ini dengan ketat (seolah-olah anda mencuba untuk menghentikan aliran air kencing) dan menahan kira-kira lima saat, kemudian berehat untuk 10 saat. Beransur-ansur, tingkatkan pengecutan ini kira-kira setiap 10 saat. Ulangi latihan ini 10 kali untuk beberapa kali dalam satu hari.

● Anda juga boleh melakukan latihan kegel semasa duduk, bangun atau baring – juga ketika anda melakukan aktiviti harian anda.

● Jika prolaps organ adalah lebih teruk, latihan kegel mungkin tidak cukup. Doktor boleh mengesyorkan anda untuk memakai pesari yang mana ia adalah satu diafragma, kiub atau peranti berbentuk donut yang dimasukkan ke dalam vagina untuk menyokong organ-organ pelvis.

● Pesari perlu dibersihkan setiap malam dan ditukar setiap dua atau tiga minggu. Penjagaan yang baik dan kebersihan adalah amat penting kerana pesari boleh mengganggu tisu-tisu vagina dan menyebabkan lelehan berbau jika ia tidak selalu dibersihkan.

● Kaedah terakhir adalah melalui pembedahan, jika didapati latihan kegel dan pesari tidak dapat menangani masalah ini. Pembedahan hanya dicadangkan bagi wanita yang telah membuat keputusan untuk tidak mengandung lagi.

● Jenis pembedahan adalah bergantung kepada keterukan prolaps. Jika wanita itu menghidap incontinence kencing pembedahan juga akan dilakukan untuk membetulkan incontinence

● Kebanyakan daripada prosedur-prosedur pembedahan itu non-invasive dan boleh dilakukan sebagai prosedur pesakit luar.

● Terdapat pelbagai penyelesaian untuk masalah gangguan latai pelvis. Oleh itu jika anda menghidapi mana-mana simptom jangan sesekali berasa malu. Berjumpa doktor anda atau pakar sakit puan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan yang sesuai.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Patutlah Sentiasa Berseri! Rahsia ‘DNA Ikan Salmon’ Scha Alyahya Akhirnya Terbongkar

SIAPA sahaja yang tidak terpesona melihat kejelitaan rupa paras dan sosok tubuh pelakon serta ikon fesyen tersohor, Scha Alyahya?  Walaupun...

More Articles Like This