Fasha Sandha menangis Fazura mahu bercerai dengan Fattah Amin – “Saya pernah gagal dalam perkahwinan, saya juga yang failkan cerai”

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON terkenal, Fasha Sandha akui turut bersedih selepas mengetahui kemelut rumah tangga pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin sehingga membawak kepada episod permohonan cerai.

Sambil menitiskan air mata, Fasha mendedahkan hubungan persahabatannya bersama Fazura bermula ketika dirinya berusia 17 tahun.

Malah, suami Fasha yang juga pelakon Aidil Aziz turut berkawan baik dengan Fattah dan pernah berlakon sama dalam satu produksi.

“Saya dan Fazura kenal dah lama, kami kawan sejak usia saya 17 tahun. Fattah pula kawan dengan Aidil. Fazura adalah antara selebriti yang saya idolakan.

“Paling saya teringat ketika saya menjadi ibu tunggal selama tiga tahun , Fazura pernah hadiahkan 20 pasang baju raya dan itu antara perkara yang buatkan saya tersentuh.

“Tangisan saya ini bukan lakonan… kalau boleh saya tak mahu menangis. Apa pun saya anggap ini adalah ujian buat mereka berdua,” katanya dengan nada sebak kepada URTV.

Fasha berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Inayah Beauty Honey Lemon New Flavor Launch dan Zumba yang berlangsung hari ini di ibu negara.

Terdahulu, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan kisah Fazura yang memfailkan penceraian terhadap suaminya sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi. 

Sementara itu, Fasha memberitahu dia dan suaminya tidak pernah bersembang mengenai rumah tangga artis lain.

Sebaliknya, kemelut antara Fattah dan Fazura memberi kesan kepada mereka.

“Kami tak pernah bersembang pasal selebriti lain, misalnya kalau ada pasangan artis bercerai, kecuali pasal Fazura dan Fattah yang membuatkan saya emosi.

“Lagipun mereka adalah keluarga yang baik. Macam Fazura kalau saya datang mana-mana acara yang dia anjurkan, dia akan ajak saya masuk dalam bilik khas dan perkenalkan dengan ahli keluarga dia yang lain.

“Kita sebagai orang luar tidak boleh menilai apa yang berlaku terhadap mereka, hanya Fattah dan Fazura yang tahu kisah sebenar.

“Tidak perlu juga buat kronologi sendiri, apa yang sepatutnya kita buat adalah mendoakan yang terbaik buat mereka. Jangan tambah yang bukan-bukan kerana itu boleh menambah kedukaan pada hati Fattah dan Fazura.

Pada masa sama, Fasha mengakui berasa agak kerdil apabila dibandingkan dengan Fazura yang dianggapnya sebagai seorang idola yang sukses. 

Malah, Fasha yang sebelum ini pernah berdepan episod kegagalan rumah tangga, memahami tindakan nekad Fazura yang memfailkan cerai terhadap Fattah.

“Antara artis yang saya anggap idola macam Fazura, Hanis Zalikha, Neelofa dan Wawa Zainal. Pada saya mereka ini adalah artis yang sesuai untuk dijadikan contoh yang baik untuk berjaya.

“Macam Fazura saya takkan lupakan segala kebaikan yang pernah dia buat, terutama ketika saya bergelar ibu tunggal dahulu. 

“Saya mendoakan yang baik-baik buat mereka. Sebagai sahabat sudah pasti tidak mahu melihat dia di fasa terendah, namun hanya Fazura tahu apa yang dia lalui.

“Kenapa dia minta cerai, hanya dia yang tahu. Saya juga pernah melalui kegagalan dalam perkahwinan. Saya pernah failkan perceraian terhadap bekas suami iaitu Jejai,” katanya.

Pada 13 September lalu, Nur Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Menerusi sebutan kes permohonan perceraian yang berlangsung pada Rabu, mahkamah meminta pasangan selebriti itu menyelesaikan konflik rumah tangga mereka di luar mahkamah sebelum tarikh sebutan semula pada 7 Oktober depan.

Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelan Induk JS-SEZ: Bangkitkan isu bukan untuk mencela atau salahkan mana-mana pihak – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan kenyataan beliau berhubung Pelan Induk Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) bukan...

More Articles Like This