Satu PPS baharu dibuka, mangsa banjir di Kedah kembali meningkat

Dari Penulis

JUMLAH mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 243 orang daripada 59 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 207 orang daripada 49 keluarga malam tadi dengan sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Kubang Pasu.

Laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun yang dibuka awal pagi tadi, menempatkan 36 mangsa daripada 10 keluarga.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di daerah Pendang masih kekal seramai 207 orang daripada 49 keluarga yang ditempatkan di dua PPS iaitu Dewan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah dan SMK Pendang.

Baca artikel lain: Agensi bawah KUSKOP tawar moratorium usahawan terkesan banjir

Berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, setakat 8 pagi paras air Sungai Laka di Kampung Padang Pasir, Kubang Pasu serta Sungai Sari di Kilang Gula Padang Terap dan Sungai Perik di Kampung Perik, Padang Terap melebihi paras bahaya.

Manakala Sungai Ketil di Kuala Pegang, Baling; Sungai Bata di Kampung Bata, Kubang Pasu; Sungai Janing di Kampung Labi, Padang Terap; serta Sungai Anak Bukit di Taman Aman dan Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya, Kota Setar melebihi tahap waspada.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Perkukuh keyakinan rakyat: ATM laksanakan pelan PTPR

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan Pelan Tindakan Pembanterasan Rasuah (PTPR) ATM 2026-2030 bagi memperkukuh keyakinan rakyat terhadap institusi...

More Articles Like This