Kehilangan terjawab, Sabari dibunuh, mayat dicampak ke Sungai Padang Terap

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEHILANGAN seorang pesara kewangan Felcra, Sabari Baharom, 62, di Baling sejak 4 September lalu akhirnya terungkai selepas lelaki itu disahkan dibunuh dan mayatnya dibuang ke Sungai Padang Terap, Jitra.

Bagaimanapun, sehingga kini, mayat mangsa masih belum ditemukan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, misteri kehilangan Sabari terjawab selepas pihaknya berjaya mengesan dan menangkap dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kes tersebut, Jumaat lalu.

Beliau memaklumkan, hasil soal siasat kedua-dua suspek berusia 26 dan 38 tahun itu telah membawa kepada pengakuan pembunuhan Sabari.

“Hasil soal siasat yang dijalankan merekodkan pengakuan oleh kedua-dua suspek tersebut bahawa mangsa telah dicampak ke dalam Sungai Padang Terap, Jitra dengan tangan diikat dan mulut ditutup menggunakan pita pelekat.

“Kes orang hilang (OH) telah berjaya diselesaikan dan siasatan dilanjutkan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

“Sehingga kini, mangsa masih gagal dijumpai dan usaha mencari mangsa masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: Polis kesan remaja perempuan 15 tahun dilapor hilang selepas ditegur ibu

Kereta jenis Proton Waja dinaiki Sabari ditemui hangus terbakar di Belantik, Sik.

Mengulas lanjut, Fisol memberitahu telah memaklumkan berhubung perkembangan siasatan kepada keluarga mangsa.

“Semua pihak dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian dan menghormati serta menjaga sensitiviti pihak keluarga mangsa.

“Sebaliknya orang ramai diminta membantu dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kejadian kepada pihak polis,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Sabari hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Mengkuang Tengah di Kuala Pegang, Baling dengan menaiki kereta jenis Proton Waja pada 4 September lalu.

Kehilangan warga emas itu disedari anaknya selepas telefon bimbit dimatikan selain terdapat transaksi pengeluaran wang dari akaun bank milik Sabari.

Kereta jenis Proton Waja dinaiki mangsa kemudian ditemui hangus terbakar di Belantik, Sik.

Polis mengesahkan penahanan seorang wanita warga emas berusia 62 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan pesara Felcra itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pelan Induk JS-SEZ dilancar suku keempat, pelaksanaan terus rancak

PELAKSANAAN Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berjalan mengikut landasan, dengan Pelan Induk inisiatif itu dijadual dilancarkan secara strategik pada...

More Articles Like This