Kerajaan berusaha bantu petani terjejas banjir dapat sokongan sewajarnya – Mat Sabu

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan terus berusaha untuk memastikan semua petani yang terjejas akibat bencana banjir khususnya di negeri Kedah terbela.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kementerian juga kini sedang berusaha memberikan sokongan serta bantuan sewajarnya kepada mereka yang terjejas bagi meringankan beban dialami.

“Pagi ini, Bang Mat menerima taklimat mengenai kawasan yang terjejas dengan bencana banjir oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan KPKM Inc di Kepala Batas, Kedah.

“Taklimat diadakan di Pejabat PPK MADA H-II, Kepala Batas untuk mendapat gambaran situasi terkini yang dihadapi oleh para petani akibat dari bencana banjir serta langkah-langkah yang diambil untuk membantu mereka.

“Bang Mat juga mengingatkan semua pihak agar bekerjasama membantu para petani menghadapi musibah ini dan sentiasa berusaha keras demi memastikan kelangsungan sektor pertanian negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Baca artikel lain: GISBH digambarkan seperti telah dijatuhkan hukuman bersalah – Tuan Ibrahim

Media melaporkan situasi banjir di Kedah semakin buruk apabila jumlah mangsa terus meningkat kepada 1,102 orang daripada 353 keluarga yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS), malam tadi.

Ia berbanding 856 mangsa banjir (285 keluarga) yang berlindung di tujuh PPS, setakat petang semalam.

Empat lagi PPS dibuka pada malam tadi berikutan semakin banyak rumah terjejas akibat banjir.

Kesemua mangsa banjir itu ditempatkan di tiga PPS di daerah Kubang Pasu, Pokok Sena (lima) dan Kota Setar (tiga).

Menurut maklumat laman Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa banjir di Pokok Sena kini mencecah 652 orang (201 keluarga) di lima PPS berbanding 564 orang (179 keluarga) di empat PPS pada petang semalam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu terlibat kemalangan 2 kenderaan di Johor Bahru disahkan punya rekod rawatan psikiatrik

POLIS mengesahkan salah seorang pemandu kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru seperti tular di...

More Articles Like This