Khabib kongsi nilai Islam dalam perjuangan, jadi inspirasi lebih 2000 pengunjung Siri Pendidikan Islam, Faith Events 2024

Dari Penulis

Kehadirannya bukan sekadar sebagai bekas juara dunia lightweight Ultimate Fighting Championship (UFC), namun Khabib Nurmagomedov memukau hampir 2000 pengunjung dengan kisah inspirasinya dalam perjuangan sebagai legenda dunia seni bela diri campuran (MMA)

Acara ekslusif yang dibawakan oleh Faith Events ini menampilkan perbincangan menarik dan pandangan peribadi Khabib dengan menggariskan nilai-nilai Islam seperti disiplin, integriti, dan kerendahan hati yang telah membentuk perjalanan kejayaannya selain punya prinsip yang kuat.

Kunjungan bekas juara lightweight Ultimate Fighting Championship atau UFC ini sempena Siri Pendidikan Islam, Faith Events 2024.

Dalam pada itu, acara ini turut diserikan dengan penampilan bintang baharu, Johan Ghazali dan  persembahan khas yang mempamerkan tradisi seni bela diri Malaysia serta sukan tempur global. Pengunjung disajikan dengan pertunjukan yang mendebarkan daripada Silat, MMA, dan Muay Thai, dengan persembahan oleh Discover Muay Thai, Team Strive MMA Putrajaya, Kelab Muay Thai Singa Malaya, dan Gerak Penchak Gayarasa.

Turut dalam jadual kunjungan ke Malaysia adalah kunjungan hormat ke Seri Perdana untuk pertemuan bersama Perdana Menteri Malaysia dan juga Penganjuran Klinik Tertutup Program Kejurulatihan Bersama Khabib Nurmagomedov anjuran Perbadanan Stadium Nasional dan Majlis Sukan Negara.

Untuk rekod, pejuang yang berusia 36 tahun ini memulakan latihan seni mempertahankan diri sejak kecil di bawah bimbingan arwah bapanya, Abdulmanap Nurmagomedov. Beliau membuat penampilan sulung UFC pada 2011 dan bersara sebagai juara kelas lightweight yang tidak pernah kalah pada 2021 dengan rekod menakjubkan 29-0.

Khabib juga dianggap salah seorang petarung yang paling dominan dalam sejarah sukan UFC dan pada Julai 2022, beliau telah dilantik ke dalam UFC Hall of Fame.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bokitta Alamanda berwajah baharu, berkonsepkan ‘Premium Lifestyle’

BOKITTA, jenama tudung Muslimah premium sememangnya terkenal dengan rekaannya yang moden dengan ciri eksklusif yang bebas pin, selesa dan...

More Articles Like This