Nasihat Rasulullah s.a.w. kepada orang bujang “Jangan Takut Menikah”

Dari Penulis

Perkahwinan menutup pintu-pintu kemaksiatan dan dengan itu, pintu keberkatan dan limpahan rahmat akan terbuka dengan luasnya. Ini kerana, mereka yang bernikah itu adalah di kalangan mereka yang telah melaksanakan satu sunnah Nabi s.a.w. sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,

“Nikah itu sunnahku, barang siapa yang tidak suka dengan sunnahku, maka dia bukan golonganku !” (HR. Ibnu Majah dan Aisyah r.ha.)

Realitinya hari ini, yang muda takut nak berkahwin, khuatir tidak mampu menyara anak dara orang. Bahkan bakal isteri bimbang tidak mampu hidup susah dengan suami kelak. Itu belum lagi termasuk keluarga yang menjadi benteng penghalang untuk dua sejoli menghadap Pak Imam.

Pelbagai syarat yang dikenakan kepada calon lelaki sehingga perlu mempunyai simpanan yang banyak dalam bank, juga telah memiliki rumah dan kereta sebagai syarat pinangan diterima.

Anak muda sering dimomokkan dengan kehidupan lepas kahwin yang mengerikan, hidup susah menjadi rutin, situasi tidak berduit sudah biasa, perlu bersedia lebih awal kesemua situasi sebegitu. Kononnya keluarga tidak mahu melihat anak menantu mereka susah kemudian hari, lantas meletakkan syarat supaya mampu terlebih dahulu untuk menikah.

Walhal dalam agama, bernikah itu sesuatu perkara yang digalakkan bagi mengelakkan berlakunya maksiat. Perkara itu dijelaskan sendiri oleh Rasulullah s.a.w dalam hadisnya yang bermaksud,

“Wahai generasi muda! Bila di antaramu sudah mampu menikah hendaklah ia nikah, kerana mata akan lebih terjaga, kemaluan akan lebih terpelihara.” (HR Bukhari dan Muslim)

Pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Suriani Sudi mengatakan, pernikahan itu sendiri sebenarnya kunci untuk membuka pintu rezeki. Dengan menikah, orang akan jadi kaya.

Wah! Menarik tu. Justeru, bagi mereka yang mendakwa perkahwinan itu membawa kemiskinan atau kesempitan hidup kerana terpaksa berbahagi dua, pemahaman seumpama itu jelas salah dan tidak benar menurut syarak.

Firman Allah surah an-Nur:32,

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan karunia-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui.”

Berdasarkan firman Allah di atas, Suriani menegaskan, setiap daripada umat Islam perlu beriman dengan kalamullah itu seyakinnya. Jadi, tidak sepatutnya berlaku setiap orang yang beriman dengan Allah dan Rasulnya untuk takut kemiskinan menjengah setelah berumah tangga.

Apa yang sepatutnya, sediakan ilmu sebaik mungkin sebelum berkahwin, dan jadikan perkahwinan yang terbina itu sebagai jambatan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Maka dengan itu pintu-pintu rezeki akan terbuka dengan seluas-luasnya.

Sepertimana firman-Nya dalam surah at-Tholaq: 2,

“Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia (Allah) akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Allah akan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka sangka.”

Cabang rezeki

Bagi mereka yang sudah berkahwin, namun masih tidak mendapat pekerjaan yang sebaiknya ataupun kehidupan sebelum dan selepas kahwin itu tidak jauh bezanya, bahkan mendakwa rezeki untuk mereka tiada, Suriani menjelaskan, rezeki yang dimaksudkan itu bukan jenis material atau kebendaan semata-mata.

Sebaliknya rezeki Allah itu sangat luas. Miskin harta, tetapi kaya kasih sayang. Juga kaya dengan jiwa tenang yang dikecap selepas berumah tangga. Ketenangan itu dapat dicapai melalui perkongsian hidup antara dua insan yang nyata lebih halal, berbeza ketika bercinta. Mereka boleh menyelami hati masing-masing tanpa had dan batasnya. Setiap perkara dikongsi bersama dan makan minum ada yang menjaganya.

“Bukankah tenang jiwanya jika pulang ke rumah isteri menyambut dengan senyuman di bibir, sambil mengurut lembut? Begitu juga si isteri, penat seharian membuat kerja rumah hilang tatkala melihat si suami pulang dengan penat kerana mencari rezeki untuk keluarga. Lantas mengukirkan senyuman semanis mungkin agar penat yang dirasakan beransur hilang,” terang Suriani lagi.

Itulah juga rezeki iaitu ketenangan jiwa. Rezeki juga boleh dalam bentuk ilmu pengetahuan, kasih sayang, kebahagiaan, anak, isteri , kesihatan, keselamatan kegembiraan dan seumpamanya.

Dalam hadis riwayat Muslim, Nabi s.a.w pernah menyebut tentang Saidatina Khadijah, “Aku telah direzekikan cintanya.”

Mendapat jodoh di dunia juga merupakan rezeki yang Allah berikan kepada hamba-Nya. Bayangkan berapa ramai di luar sana yang ingin berkahwin, tetapi ada sahaja halangan dan rintangannya.

Itu merupakan penutup rezeki kepada mereka. Belum lagi termasuk rezeki anak yang diberikan oleh Allah dan apabila dididik sebaiknya, maka mereka itulah jaminan ‘talian hayat’ untuk ibu bapa mendapatkan rahmat melalui amalan-amalan soleh dan kebaikan yang dilakukan. Wallahu a’lam

___________________________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Syarahan Perdana Tokoh Maal Hijrah 1448H Beri Fokus Kepada Mesej Keamanan & Peradaban Kontemporari

PERISTIWA Maal Hijrah tidak seharusnya dibiarkan berlalu sekadar penceritaan lipatan sejarah dan sambutan tahunan semata-mata, sebaliknya ia perlu diangkat...

More Articles Like This