Oracle akan labur lebih AS$6.5 bilion dalam AI, pengkomputeran awan di Malaysia

Dari Penulis

ORACLE mengumumkan merancang untuk melabur lebih AS$6.5 bilion (US$1 = RM4.15) bagi mewujudkan wilayah awan awam di Malaysia bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) dan awannya.

Dalam kenyataan pada Rabu, Oracle menjelaskan wilayah awan yang akan diwujudkan itu membolehkan pelanggan dan rakan kongsinya di Malaysia memanfaatkan infrastruktur dan perkhidmatan AI dan memindahkan beban kerja yang penting kepada Oracle Cloud Infrastructure (OCI).

Oracle turut memetik kenyataan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang berkata “kami amat mengalu-alukan pelaburan AS$6.5 bilion oleh Oracle di Malaysia, yang mewakili satu lagi pengembangan operasi 36 tahun mereka di Malaysia.”

Baca artikel lain: Kerajaan yakin pelaburan RM57.3 bilion Amazon Web Services boleh dipercepatkan – PM Anwar

Tengku Zafrul juga berkata: “pelaburan ini akan memperkasakan entiti Malaysia, terutama perusahaan kecil dan sederhana, dengan AI dan teknologi awan yang inovatif dan termaju untuk meningkatkan daya saing global mereka.”

Beliau berkata, pelaburan itu juga merupakan langkah penting ke arah merealisasikan aspirasi Pelan Induk Perindustrian Baharu Malaysia untuk mewujudkan 3,000 kilang pintar pada 2030.

“Keputusan Oracle untuk mewujudkan wilayah awan awam di Malaysia menekankan ketersediaan infrastruktur Malaysia dan kedudukan negara yang semakin kukuh sebagai destinasi utama Asia Tenggara bagi pelaburan digital,” katanya.

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This