Keputusan Oracle serlah kedudukan Malaysia destinasi pelaburan digital terulung Asia Tenggara

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PELABURAN berjumlah AS$6.5 bilion yang bakal dilaksanakan Oracle menerusi penubuhan rantau awan awam pertama di Malaysia menyerlahkan kedudukan negara sebagai destinasi pelaburan digital terulung di Asia Tenggara.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pelaburan Oracle itu membolehkan entiti Malaysia terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) serta awan termaju.

Kata beliau, ia sekali gus memupuk inovasi dan meningkatkan daya saing global PKS Malaysia.

Tengku Zafrul menjelaskan, keputusan Oracle itu juga merupakan satu langkah penting ke arah merealisasikan visi Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030) untuk mewujudkan 3,000 kilang pintar menjelang 2030.

“Jelas sekali, Oracle yakin terhadap potensi Malaysia sebagai hab inovasi teknologi dan pertumbuhan di Asia Tenggara.

Baca artikel lain: Oracle akan labur lebih AS$6.5 bilion dalam AI, pengkomputeran awan di Malaysia

“Sebagai gerbang serantau untuk infrastruktur awan dan aplikasi perisian berpangkalan di Malaysia, kawalan data dan kedaulatan digital penting untuk pelanggan Oracle terutama industri kita yang ingin mengembang atau mengukuhkan sayap ke Asia Tenggara.

“Kalau nak tarik pelaburan ke Malaysia, yang sama penting adalah kedaulatan undang-undang – ini adalah antara faktor kita berjaya menarik banyak pelaburan digital ke Malaysia,” katanya dalam hantaran di platform X, hari ini.

Terdahulu, Oracle mengumumkan merancang untuk melabur lebih AS$6.5 bilion bagi mewujudkan wilayah awan awam di Malaysia bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) dan awannya.

Dalam kenyataan pada Rabu, Oracle menjelaskan wilayah awan yang akan diwujudkan itu membolehkan pelanggan dan rakan kongsinya di Malaysia memanfaatkan infrastruktur dan perkhidmatan AI dan memindahkan beban kerja yang penting kepada Oracle Cloud Infrastructure (OCI).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Penunggang motosikal maut terjatuh dari jejambat selepas dilanggar X50

SEORANG penunggang motosikal maut selepas tercampak dan terjatuh kira-kira 30 meter ke bawah jejambat akibat dilanggar sebuah kereta jenis...

More Articles Like This