Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. GAMBAR: Abd Razak Aid

PELABURAN bernilai AS$6.5 bilion yang bakal dilaksana Oracle mencerminkan keyakinan dan komitmen syarikat-syarikat global terhadap potensi Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia membuktikan komitmen syarikat global terhadap potensi Malaysia sebagai pintu masuk bagi infrastruktur awan dan menyokong pertumbuhan ekosistem kecerdasan buatan (AI) serantau.

Katanya, kejelasan dasar dan pendekatan kerjasama strategik yang dilaksanakan Kerajaan MADANI juga telah berjaya menarik pelaburan syarikat teknologi utama dunia.

Menurut Anwar, ia termasuk Amazon Web Services, Microsoft, Google dan terkini Oracle.

Beliau berkata, keseluruhan projek yang diumumkan oleh syarikat-syarikat tersebut sehingga kini melibatkan pelaburan keseluruhan yang dianggarkan bernilai AS$16.9 bilion.

“Saya menyambut baik pengumuman oleh satu lagi syarikat gergasi teknologi dunia Oracle, terkait pembukaan pusat awan awam pertamanya di Malaysia dengan pelaburan berjumlah AS$6.5 bilion.

Baca artikel lain: Keputusan Oracle serlah kedudukan Malaysia destinasi pelaburan digital terulung Asia Tenggara

“Penting bagi tenaga kerja dan syarikat tempatan merebut peluang sebaiknya daripada pelaburan-pelaburan ini,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, beliau juga menekankan tentang kepentingan memperluas manfaat jangka panjang kepada Malaysia dalam beberapa siri perbincangan bersama pelabur termasuk pengurusan tertinggi syarikat-syarikat berkenaan.

Jelasnya, ia termasuk pembangunan pusat kecemerlangan, fakulti AI dan pemerkasaan kumpulan masyarakat.

“Saya yakin dengan sokongan semua pihak, matlamat dan sasaran Ekonomi MADANI akan dapat dicapai, insya-Allah,” katanya.

Terdahulu, Oracle mengumumkan merancang untuk melabur lebih AS$6.5 bilion bagi mewujudkan wilayah awan awam di Malaysia bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) dan awannya.

Dalam kenyataan pada Rabu, Oracle menjelaskan wilayah awan yang akan diwujudkan itu membolehkan pelanggan dan rakan kongsinya di Malaysia memanfaatkan infrastruktur dan perkhidmatan AI dan memindahkan beban kerja yang penting kepada Oracle Cloud Infrastructure (OCI).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram