SEBUAH pesawat Firefly 9M-FYG dilaporkan terpaksa berpatah balik ekoran masalah dipercayai berpunca daripada sistem penyaman udara sehingga menyebabkan kabin pesawat dipenuhi kabus, pagi tadi.
Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, kejadian berlaku ketika pesawat dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS), Subang ke Pulau Pinang.
Beliau berkata, laporan awal mendapati sistem penyaman udara pesawat itu menjadi terlalu panas kerana kegagalan kipas pada bahagian enjin.
“Tidak berlaku sebarang kebakaran seperti hantaran tular di media sosial.
“Sebaliknya ia adalah kabus yang dipercayai berpunca daripada masalah penyaman udara,” katanya ketika dihubungi UtusanTV.
Jelasnya, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan kesemua penumpang telah selamat dipindahkan ke terminal di lapangan terbang SAAS.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

