KELUARGA pesara pegawai kewangan Felcra Sabari Baharom, 62, akan mengadakan solat jenazah ghaib susulan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Sungai Padang Terap dekat Jitra dihentikan pada petang Rabu.
Isterinya Subhiah Roslina Shahibi, 57, berkata pihak keluarga akan menguruskan perkara itu sejurus beliau tiba di Kuala Lumpur nanti.
“Pihak Felcra, biro agama, surau dan masjid tempat arwah tinggal pun dah mula buat solat jenazah ghaib. Keluarga kami reda SAR dihentikan.
“Tapi jika orang-orang kampung masih nak berusaha teruskanlah (pencarian),” katanya kepada pemberita selepas melawat Jambatan Sungai Empa dekat Jitra bersama ahli keluarganya.
Baca artikel lain: Isteri puas hati operasi pencarian jasad Sabari
Subhiah Roslina yang juga petugas Felcra mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi SAR dan bersyukur kerana berpeluang mengikuti operasi itu sehingga tamat semalam.
Media sebelum ini melaporkan Sabari hilang sejak 4 Sept lepas dan kereta Proton Waja dinaikinya ditemukan hangus di Belantik, Sik.
Polis pada Isnin mengesahkan Sabari dicampak ke dalam Sungai Padang Terap dalam keadaan tangan diikat dan mulut ditutup dengan pita pelekat dan dua lelaki berusia 26 serta 38 tahun ditahan Jumaat lepas bagi membantu siasatan.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

