POLIS telah menjalankan siasatan berhubung kematian seorang lelaki dalam tahanan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan, Pahang.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, siasatan mendapati seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun telah ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Pekan selepas dipercayai menunggang motosikal curi pada pukul 6.30 petang, 1 Mei lalu.
Beliau berkata, kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
“Ujian saringan air kencing yang dilaksanakan mendapati Orang Kena Tahan (OKT) positif dadah jenis morfin.
“Siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan OKT direman selama tiga hari bermula 2 hingga 4 Mei di lokap IPD Pekan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, pada 4 Mei pukul 3.10 pagi, OKT disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan daripada Hospital Pekan dan bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian adalah kerana menggantung diri.
Katanya, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan serta JIPS Bukit Aman akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada koroner.
Azri berkata, kes ini telah dirujuk ke Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) pada 4 Mei selaras dengan kehendak Seksyen 26 Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (Akta 839) serta laporan berkala untuk pemantauan siatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

