Fattah Amin dihalang masuk ke rumah, usaha pujuk Fazura temui jalan buntu – “Saya call tak angkat, WhatsApp tak balas”

Dari Penulis

SEPANJANG berdepan dengan konflik rumah tangga, pelakon Fattah Amin mendedahkan dirinya sentiasa berusaha memujuk kembali bekas isterinya, Nur Fazura.

Walau bagaimanapun, Fattah atau Abdul Fattah Mohd. Amin,34, terkilan apabila usahanya itu sia-sia apabila dihalang untuk bertemu di rumah.

“Hampir setiap hari saya berusaha untuk hubungi Fazura, panggilan telefon tak angkat, kiriman WhatsApp  pun susah nak balas.

“Cuba tengok WhatsApp dia saya pujuk, mesej dia macam mana. Saya ada datang rumah untuk pujuk tetapi saya dihalang untuk masuk ke rumah,” katanya kepada URTV.

Fattah turut akui masih lagi menyayangi Fazura dan menganggap wanita itu pernah ada ruang istimewa di hatinya.

“Saya masih sayangkan dia sebagai seorang insan yang pernah hadir dalam hidup.

“Kita tak tahu jodoh kita dengan siapa yang kita akan jumpa. Sudah ditakdirkan jodoh saya dengan dia, saya terima.

“Tapi, Allah dah tetapkan jodoh kami tak berpanjangan, sampai di situ saja. Saya reda tapi doakan yang terbaik untuk saya,” luahnya.

Bercakap pujukan dalam tempoh iddah, Fattah memberitahu soal itu tidak akan terjadi sekiranya hanya sebelah pihak saja yang bertindak.

“Kita tengoklah macam mana sebab usaha pujuk ini tak jadi kalau cuma di sebelah pihak sahaja.

“Dia kena ada usaha daripada dua belah pihak,” katanya.

Fazura dan Fattah sah bercerai talak satu kira-kira pukul 9.45 pagi tadi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.

13 September lalu, Fazura mengejutkan ramai apabila memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka  dikurniakan seorang anak tunggal iaitu Nur Fatima yang kini berusia 4 tahun.

“Saya terpaksa tipu dia cakap nak keluar rumah ini sebab pergi kerja tetapi dia menangis dan tak nak lepaskan saya,” ujarnya dalam nada sebak.

Dia turut bersimpati dengan nasib anaknya yang terpaksa melalui detik hitam pada usianya yang masih kecil .

“Apa yang saya kesali adalah anak saya. Dia tidak sepatutnya menerima keadaan seperti ini dalam keadaan dia umur masih 4 tahun.

“Namun dia terpaksa menerima keadaan sebegini,” jelasnya.

Sebelum ini, Fazura mendakwa bekas suaminya tidak ada usaha menjernihkan hubungan sebagai suami isteri.

Fazura dan Fattah sah bercerai talak satu kira-kira pukul 9.45 pagi tadi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.

pada 13 September lalu, Fazura mengejutkan ramai apabila memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dengan dikurniakan Nur Fatima yang kini berusia 4 tahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This