PELAKON Sherry Ibrahim memberikan kata-kata semangat kepada Fattah Amin untuk terus bangkit demi anak selepas sah bercerai.
Sherry atau Syarizad Ibrahim,41, menyifatkan apa yang berlaku itu sebagai ujian untuk lebih kuat.
“Tabahkan hati, terima takdir yang telah ditentukan dan bangkit untuk mulakan hidup yang baharu.
“Kuatkan diri demi Fatima, ibu, ayah dan adik-adik yang sentiasa ada di sisi,” tulisnya menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.
Malah, Sherry turut mendoakan agar urusan Fattah dipermudahkan.
“Perjalanan hidup ini tidak mudah tapi dengan ketabahan, Insya-Allah ia pasti kan membuka jalan untuk masa depan yang lebih baik.
“Keep moving forward and semoga semua urusan you, Abdul Fattah Amin dipermudahkan,” katanya.
Sebelum ini, Fattah dan Sherry pernah menjalinkan hubungan cinta pada 2014 sebelum berpisah dua tahun kemudian.
Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu pada pukul 9.45 pagi tadi di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Shah Alam.
Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan permohonan perceraian terhadap Fattah di mahkamah sama.
Untuk info, Fattah dan Fazura bernikah pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

