Bertahan Demi Cinta sudah dirakam awal, duet Fattah & Fazura bakal dilancarkan

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

BIARPUN isu perceraian masih lagi ‘panas’ dan terus menjadi topik utama, bekas pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura dilaporkan bakal melancarkan lagu duet berjudul Bertahan Demi Cinta.

Menerusi hantaran di Instagram syarikat rakaman Indonesia, Hits Records memaklumkan single berkenaan bakal dilancarkan pada 10 Oktober ini di semua platform penstriman digital.

Difahamkan, karya sentuhan penyanyi Ippo Hafiz itu sudah lama dirakamkan  sewaktu masih lagi berstatus suami dan isteri.

Pada hantaran sama, Hits Record turut berkongsi ‘teaser’ lagu terbabit berdurasi 16 saat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menganggap lagu berkenaan tidak sesuai dilancarkan susulan rumah tangga mereka sudah menemui titik noktah.

“Lewat sangat dilancarkan, tak bertahan sudah. Doa yang baik-baik untuk dua-dua.

“Buat pengumuman pelancaran hari ini pula, memang tak kena langsung,” komen netizen.

Semalam, Fattah melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh pada pukul 9.45 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Shah Alam selepas tujuh tahun hidup sebagai suami kepada Fazura.

Untuk info, Fazura dan Fattah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya, 4.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This