PELAKON Lana Nodin menitipkan nasihat kepada Nur Fazura agar berdiam diri dan tidak membuka aib bekas suaminya, Fattah Amin secara umum.
Menerusi komen yang ditinggalkan Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hassan Nodin, 44, pada satu hantaran akaun Instagram rasmi sebuah program hiburan, dia menempelak tindakan Fazura yang berterusan membuka aib sekaligus memalukan Fattah.
“Jika kau cukup matang lebih baik kau tutup mulut daripada membuka aib bapa kepada anak kau sendiri.
”Nanti bila budak tu dah besar dia tengok buat malu sahaja.
“Kata nak berpisah cara baik tapi kenapa nak kena buat penjelasan dan buka aib. Nanti bila orang buka aib kau, baru kau tahu,” tulisnya.
Pada masa sama, Lana berpendapat, sebaiknya Fazura bersikap lebih matang dan meneruskan kehidupan seperti biasa.
“Jadi matang dan diam. ‘move on’. Allah sahaja tahu kalau kau sedih.
”Tetapi bila kau buat keputusan untuk buka cerita kepada seluruh dunia, mungkin kau bukanlah mangsa. Be smart la,” katanya.
Sekadar info, Lana dan Fazura sebelum ini pernah terlibat dalam drama bersiri Gol & Gincu sekitar 2007.
Sebelum Lana, seorang lagi aktres iaitu Salina Saibi dilihat meminta agar Fazura diam daripada terus membuka aib bekas suaminya.
Terdahulu, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 41 sah bercerai talak satu dengan bekas suaminya Abdul Fattah Mohd Amin, 34, di Mahkamah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, semalam.
Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada November 2017.
Hasil perkahwinan itu, merek dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, 4.

