Suasana Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Antarabangsa ke-64 (MTHQA) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur. GAMBAR: BERNAMA

PESERTA hafazan Malaysia, Muhammad Rifaei Mat Zuki adalah antara 10 peserta yang memperdengarkan hafazan mereka pada Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Antarabangsa ke-64 (MTHQA), yang masuk hari keempat.

Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dalam hantaran Facebook memaklumkan sembilan peserta hafazan lain yang memperdengarkan hafazan mereka pada majlis yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia ialah Ibrahim Hassan Ibrahim dari Portugal, Ibrahim Sow (Ivory Coast), Nouhum Hanna (Togo), Mohammad Mirshad Zubair (Emiriah Arab Bersatu) dan Yasser Alahmad Mohamad (Syria).

Turut memperdengarkan hafazan ialah Hannatu Marafi Aliyu dari Nigeria, Habsatou Hamissou Boubacar (Niger), Mohamed Maolin Sulitan (Ethiopia) dan Moussa Abbas Hassan (Chad).

Sementara itu, bagi kategori tilawah yang bermula 8.45 malam, seramai lapan peserta akan mengambil bahagian iaitu Motaz Hefzi Yasin Abusnaina dari Palestin, Pg. Muhamad Amirul Aiman Pg Marzuki (Brunei) dan Nejla Cajlakovic Efendic (Bosnia dan Herzegovina).

Baca artikel lain: Pasangan kembar cipta kenangan manis di pentas Tilawah Kebangsaan

Selain itu, Ahamed Suhail Mohomed Muhuseen dari Sri Lanka, Ally Mohamed Saleh (Tanzania), Mohammed Zubair Barday (Afrika Selatan), Torniyas El (Kemboja) dan Chantavilay Souphanvong (Laos) akan turut memperdengarkan bacaan masing-masing.

Bertemakan ‘Al-Falah Pemacu Malaysia MADANI’, MTHQA ke-64 yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Sabtu lepas disertai 92 peserta dari 71 negara yang terdiri daripada 53 peserta tilawah dan 39 hafazan.

Pengurniaan hadiah kepada johan tilawah dan johan hafazan al-Quran dijadual akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah pada 12 Oktober.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram