Spekulasi rumah tangga dilanda masalah terjawab, Baim Wong fail cerai terhadap isteri

Dari Penulis

KHABAR angin tentang keretakan rumah tangga pelakon Indonesia, Baim Wong akhirnya terjawab apabila aktor itu memfailkan cerai terhadap isterinya,Paula Verhoeven, semalam.

Permohonan cerai dibuat di Pengadilan Agama Jakarta Selatan, Indonesia dan perkara tersebut turut disahkan oleh peguam yang mewakili Baim.

“Ya, betul Baim ada failkan perceraian,” katanya ringkas.

Terdahuu, kemelut rumah tangga pasangan ini menjadi topik hangat netizen selepas Paula dilihat menunaikan ibadah umrah bersendirian tanpa ditemani Baim.

Namun, sehingga kini, Paula dan Baim terus mengunci mulut dan tidak memberikan sebarang kenyataan mengenai perkara tersebut.

Spekulasi konflik rumah tangga mereka turut diperkuatkan lagi apabila Baim mengaku sudah lama tidak pulang ke rumah dan kerap tidur di pejabat.

Baim dan Paula telah mendirikan rumah tangga pada  2018 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Kiano, 3, dan Kenzo yang  berusia dua tahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Keanggunan songket maroon burgundy, sentuhan eksklusif Man Kajang di majlis resepsi anak Che Ta, Ammar Effendy & isteri

DUNIA fesyen tanah air sekali lagi terpukau dengan keindahan busana pengantin yang digayakan oleh pasangan yang menjadi tumpuan ramai,...

More Articles Like This