Tembusi pasaran industri perfileman Indonesia, pencapaian Anna Jobling membanggakan & dapat pujian

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENGERUSI Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Kamil Othman menyifatkan pencapaian Anna Jobling sebagai pelakon utama menerusi filem Indonesia iaitu Lembayung dan Laut Tengah sebagai satu kebanggaan besar bukan sahaja untuk dirinya malah industri seni kreatif tanah air.

Menurut Kamil, amat mencabar bagi pelakon tempatan untuk diberikan kepercayaan memegang watak utama dalam filem terbitan Indonesia, memandangkan filem Malaysia sukar menambat hati penonton di negara terbabit.

“Walaupun beberapa pelakon Malaysia berjaya mencipta nama di Indonesia, terutamanya dalam siri televisyen, Anna benar-benar layak menerima pujian kerana berjaya memegang watak utama dalam filem yang ditayangkan di pawagam.

“Ini adalah pencapaian yang kita patut banggakan,” katanya kepada URTV.



Menurut Kamil, secara peribadi dia yakin kejayaan Anna akan memperkukuhkan lagi hubungan antara industri filem Malaysia dan Indonesia sekali gus membuka jalan untuk lebih banyak bakat tempatan menempa nama di peringkat antarabangsa.

“Kami di FINAS berharap kerjasama antara Malaysia dan Indonesia akan semakin kukuh dengan lebih banyak projek filem bersama yang komersial, terutamanya apabila Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan,” katanya.



Tambahnya lagi, FINAS sedang merangka dasar dan strategi baharu untuk memajukan industri perfileman tempatan ke peringkat antarabangsa.

Sementara itu, Anna meluahkan rasa syukur dan gembira dengan penghargaan yang diberikan oleh pengerusi FINAS.

“Saya amat bersyukur dan berterima kasih atas penghargaan yang diberikan. Kejayaan ini bukanlah milik saya seorang, tetapi hasil daripada sokongan ramai pihak termasuk pihak pengurusan, pasukan produksi dan peminat.

“Saya berharap kejayaan ini dapat membuka lebih banyak peluang kepada pelakon dan penggiat seni tempatan untuk menembusi pasaran antarabangsa.

“Saya juga teruja untuk terus berusaha mengangkat nama industri perfileman Malaysia ke tahap yang lebih tinggi,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Anna kini sedang terlibat dalam pembikinan filem Duyung – Legenda Aurora bersama barisan bintang terkenal seperti Maya Karin, Saiful Apek, dan Datuk Yusry Abdul Halimyang dijangka akan ditayangkan pada September 2025.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This