MAYAT seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui terapung di dalam Tasik Kota Kemuning, Seksyen 31 Shah Alam, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada pukul 7:39 pagi.
Beliau berkata, identiti mayat terbabit tidak dapat diketahui kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui.
“Mayat dijumpai dalam keadaan berpakaian lengkap dan terlentang.
“Pemeriksaan ke atas badan mayat tersebut mendapati tiada kesan pergelutan dan lain-lain kecederaan pada tubuh yang boleh menyebabkan kematian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, mayat telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
Siasatan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Shahrul Bakhri di talian 012-3630512.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

