KRU bekerjasama dengan Sony Music Malaysia, bakal hasilkan karya yang relevan lagi menghiburkan

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

TIDAK ada rakyat Malaysia yang tak mengenali kumpulan muzik gergasi KRU. 

Tersenarai sebagai salah satu kumpulan muzik tempatan yang berjaya mengubah revolusi dunia muzik serantau, kumpulan yang di anggotai oleh tiga bersaudara ini pernah mencipta pelbagai fenomena sepanjang mereka berkarya di Malaysia dan luar negara.

Di tubuhkan pada 1992, KRU merupakan salah satu nama terkemuka dalam industri muzik tempatan. Datuk Norman, Datuk Yusry, dan Edry Abdul Halim telah mencipta pelbagai lagu hit yang menjadi ikonik di kalangan peminat.

Dengan kombinasi muzik pop, hip-hop, dan R&B, KRU bukan sahaja mencatat kejayaan dalam bidang muzik tetapi dalam produksi filem dan perniagaan media. 

Mereka dikenali dengan album-album yang laris, seperti “Generasi” dan “KRU,” serta lagu-lagu popular seperti “Awas 1994” , “Ooh! La! La! 1996” dan banyak lagi.

Mereka juga telah melahirkan ramai bakat-bakat baharu yang bernaung di bawah syarikat mereka selain menghasilkan pelbagai lagu untuk ramai penyanyi serantau.

KRU telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan, menjadikan mereka salah satu kumpulan yang paling berpengaruh dalam sejarah muzik tanah air.

Kini setelah lebih 30 tahun berada dalam industri muzik tempatan, mereka kembali membuat kejutan saat mengumumkan kerjasama dengan syarikat gergasi muzik dan rakaman dunia, Sony Music Entertainment Malaysia.

Kolaborasi ini merupakan inisiatif pihak Sony Music Malaysia sendiri yang percaya kepada kehebatan, komitmen serta kualiti kerja kumpulan KRU yang sudah bertahan lebih tiga dekad.

Secara tidak langsung, pengumuman ini juga memberitahu kepada para peminat muzik Melayu serantau bahawa KRU kini bakal kembali dengan beberapa kejutan terbaharu yang diiringi sokongan serta kerjasama daripada Sony Music Malaysia.

Kedua-dua pihak yakin bahawa kerjasama ini akan membuahkan pelbagai produk hiburan yang hebat dan luar biasa.

Dengan komitmen terhadap inovasi dan kualiti, KRU juga berjanji untuk terus berusaha demi mencipta karya yang relevan dan menghiburkan.

Nantikan aneka perkembangan terbaharu yang bakal diumumkan tidak lama lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This